• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Gua Musang-Lojing Dibuka Semula Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
14/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Jalan Gua Musang-Lojing di sini yang ditutup kepada semua kenderaan berikutan banjir lumpur di Km 85 dekat Pos Blau petang semalam, dibuka semula pada 6 pagi tadi.

Jurutera Jabatan Kerja Raya Gua Musang Fadhlil Wafi Nordin berkata jalan itu dibuka semula sebaik kerja-kerja pembersihan selesai dijalankan selepas banjir surut pada 11 malam tadi.

“Kerja-kerja pembersihan itu mengambil masa lima jam,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Beliau berkata kerja-kerja pembersihan dilaksanakan segera memandangkan banyak kenderaan terkandas di situ akibat kejadian berkenaan.

Semalam, sepanjang 500 meter jalan di kawasan itu ditenggelami lumpur akibat banjir susulan hujan lebat lebih tiga jam bermula 3 petang.

Fadhlil Wafi berkata pihaknya sentiasa memantau jalan Gua Musang-Lojing ketika hujan lebat memandangkan ia mudah ditenggelami air yang melimpah dari Sungai Brooke di sini. – BERNAMA

Tags: Gua Musangjalan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

21 Didakwa Sertai Kumpulan Jenayah Terancang

Next Post

6 Petugas Berswafoto Dikenakan Tindakan

Related Posts

Raptai ASEAN-GCC: Jalan Sesak Akibat Ditutup

Raptai ASEAN-GCC: Jalan Sesak Akibat Ditutup

21/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar ibu negara ditutup sempena raptai Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (ASEAN-GCC) 2025. Antara jalan...

Kurang 48 Jam, Lelaki Myanmar Jadi Mangsa Kedua Maut Dibaham Harimau Di Gua Musang

Kurang 48 Jam, Lelaki Myanmar Jadi Mangsa Kedua Maut Dibaham Harimau Di Gua Musang

12/11/2023
0

GUA MUSANG : Seorang lelaki Myanmar menjadi mangsa kedua yang maut dibaham harimau belang kurang dari tempoh 48 jam dalam...

Next Post

6 Petugas Berswafoto Dikenakan Tindakan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd