Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Hari Kebangsaan 2015 Disambut...

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka diraikan dengan penuh...

Fattah Amin Syukur Dikurnia...

PELAKON, Fattah Amin meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sentiasa berada...

Lima Ahli MPT Bersatu...

SHAH ALAM - Lima ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Badan Peguam Saman PDRM,...

Kuala Lumpur : Badan Peguam Malaysia memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM),...

Kurang 48 Jam, Lelaki Myanmar Jadi Mangsa Kedua Maut Dibaham Harimau Di Gua Musang

GUA MUSANG : Seorang lelaki Myanmar menjadi mangsa kedua yang maut dibaham harimau belang kurang dari tempoh 48 jam dalam kejadian di ladang Kampung Meranto, di sini semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ahka Soe Ya, 22, menjadi mangsa kedua yang maut dibaham haiwan liar itu selepas lelaki warga Indonesia dalam kejadian di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, di sini hari ini.

Difahamkan semasa kejadian pukul 1.30 petang itu, mangsa yang sedang menoreh getah bersama isteri di ladang Meranto di sini telah diserang oleh pak belang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, serangan haiwan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan berdarah pada bahagian belakang leher.

Menurutnya, empat orang warganegara Myanmar dipercayai isteri dan rakan mangsa kemudian meminta bantuan seorang lelaki berbangsa Cina yang berada tapak pemeriksaan kayu balak untuk membawa Seo Ya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Gua Musang.

“Bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital selepas menerima rawatan kecemasan.


“Hasil bedah siasat oleh pegawai perubatan forensik mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat serangan harimau,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Katanya, pihak perhilitan akan meneruskan pemasangan kamera dan perangkap harimau dalam usaha mengesan serta menangkap haiwan berkenaan.

Utusan Online melaporkan, seorang lelaki warga Indonesia ditemukan maut dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai dibaham harimau dalam kejadian di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, di sini semalam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Sukria, ditemukan oleh seorang lelaki warga tempatan yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kawasan tersebut.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori