• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadual Ketat Tak Halang Eric Kekalkan Mahkota

oleh AK-47
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jadual yang ketat bukan penghalang bagi jaguh pecut Filipina, Eric Cray mengekalkan mahkota 100m dan 400m lari berpagar temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Selasa.

Pengurus pasukan olahraga Filipina Sean Guevara berkata walaupun kedua-dua acara dijadual berlangsung pada hari yang sama, kira-kira sejam perbezaan, atlet berdarah kacukan Filipina-Amerika itu berupaya mempamerkan pecutan emas di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kami telah meminta pihak penganjur buat perubahan, tetapi mereka enggan. Saya rasa tiada masalah bagi beliau untuk berlari bagi kedua-dua acara pada hari yang sama, kerana dia mempunyai tenaga dan stamina untuk melakukannya.

“Dia akan terbang dari Texas, Amerika Syarikat selepas selesai jalani latihan dengan jurulatihnya di sana,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan olahraga KL2017 di sini hari ini.

Pada Selasa, Eric akan menyertai acara 100m berpagar pada 3.30 petang diikuti acara kegemarannya 400m berpagar pada 4 petang, manakala final 400m berpagar dan 100m akan diadakan pada 8.20 malam dan 9.40 malam.

Sean berkata Eric yang menyertai Kejohanan Olahraga Dunia 2017 di London dalam acara 400m berpagar, juga tersenarai bagi acara 4x100m dan 4x400m lari berganti-ganti.

Juara Asia acara 400m berpagar itu turut meraih dua pingat emas pada edisi temasya di Singapura dua tahun lalu selepas memecah rekod baharu 49.40s dalam acara 400m berpagar dan melakar catatan peribadi terbaik 10.25s acara riben biru.

Dengan peluang yang cerah untuk mengekalkan emas 400m berpagar, pelari pecut berusia 28 tahun itu yang melakar catatan terbaik musim ini 10.27s, dijangka dicabar pelari Malaysia Khairul Hafiz Jantan dengan catatan terbaiknya 10.18s dan jaguh edisi 2013, atlet Thailand, Jirapong Meenapra (10.31s) dalam acara pecut.

Sean berkata tuan rumah edisi Sukan SEA 2019 itu menyasarkan lebih lima pingat emas bagi acara trek dan padang, dijadual bermula 22-26 Ogos. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd