Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Nicol Bertemu Raneem Pada...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David kembali mempamerkan aksi kemenangan...

Tanam Lebih Banyak Pokok...

CAMERON HIGHLANDS - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mempergiatkan usaha menanam...

KBS Tumpu Bangun Infra...

BENTONG - Mulai tahun depan Kementerian Belia dan Sukan akan memfokuskan kepada Program...

Mayat Tanpa Identiti Ditemui...

ALOR SETAR – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung sekitar perairan Pulau...

Jadi Kelaziman Pembangkang Tuduh UMNO Sebagai Dalang

AHLI Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim menyelar tindakan pihak penganjur program Nothing To Hide 2.0 yang dengan mudahnya menuduh UMNO sebagai dalang kepada kekecohan yang terjadi dalam program itu semalam.

Menurut Dr. Irmohizam sudah menjadi kelaziman pihak pembangkang untuk menuduh UMNO semata-mata bagi menutupi kelemahan mereka sendiri.

“Nampaknya barisan kepimpinan Pakatan Harapan dengan rasa tidak bertanggungjawab menyimpulkan Dato’ Sri Najib Razak menggunakan gangsterisme sebagai menutup mulut Tun Mahathir. Ini satu pertuduhan yang serius dengan sengaja ingin mencemarkan nama institusi Perdana Menteri dan nama baik Kerajaan Malaysia.

“Pada saya, pihak penganjur seharusnya mengkaji dan bersedia dari semua sudut kawalan keselamatan. Ini adalah satu lagi kegagalan selepas program yang sama seperti program yang pernah dianjurkan oleh SukaGuam sehingga berlaku kekecohan.

“Pihak pembangkang sudah tentu tahu dan masih lagi ingin meneruskan program seolah-olah hanya mahukan provokasi ini terjadi kononnya dibuat oleh orang luar,” katanya memetik kenyataan media.

Nothing to Hide 2.0 merupakan anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ,sayap pemuda Bersatu yang mana memperlihatkan kehadiran Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selain Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain.

Dr. Irmohizam turut menyatakan sepatutnya Armada menghormati bulan kemerdekaan dan Malaysa menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA 2017.

“Mungkin mereka seakan tidak faham dan menjiwai maksud kemerdekaan 60 tahun negara serta istilah patriotisme sebenar dalam menjaga nama baik negara lebih-lebih lagi Malaysia kini menjadi tuan rumah Sukan Sea. Sistem demokrasi di negara ini dilihat dikhuatiri akan tercemar jika pihak pembangkang tidak mahu menghormati sistem yg sedia ada ini.


“Jika program sebegini diteruskan lagi, negara kita akan diancam dengan ketidakstabilan demokrasi dan keamanan politik.

“Pertikaian demi pertikaian dan politik andaian serta provokasi akan terus menjadi modal dalam menggugat sistem demokrasi negara ini.

“Justeru itu, semua pihak harus ingat, jangan jadikan pilihanraya Umum 14 ini sebagai alat untuk merangka satu provokasi dengan menggugat kestabilan demokrasi dan mencemarkan imej negara kerana tanda-tanda jelas kelihatan kesan daripada penganjuran ini,” katanya lagi.

Semalam berlaku kekecohan dengan insiden baling kerusi, selipar dan bakar suar sehingga menyebabkan program tersebut dibatalkan oleh pihak penganjur.

Nothing To Hide 2.0 diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam. – MYNEWSHUB.CC

Kategori