• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Kerajaan Disaran Kerjasama Dengan Media

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan dan agensi kerajaan disaran menjalin hubungan akrab dengan pihak media bagi memudahkan saluran maklumat dengan olahan yang mudah difahami rakyat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jabatan dan agensi kerajaan perlu bijak menggunakan kepakaran pihak media bagi memastikan maklumat disampaikan secara lebih berkesan.

“Hubungan intim antara media dan jabatan kerajaan perlu sentiasa ada dan dipelihara kerana kebanyakan jabatan ‘sukar untuk hidup tanpa media’ malah dengan sokongan media peranan setiap jabatan lebih ‘hidup’,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kewartawanan Kelantan 2016 di sini, malam tadi.

Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan berkata, terdapat sesetengah pihak memarahi media kerana berita mengenai mereka tidak disiarkan.

“Di sinilah pentingnya hubungan dengan media. Saya dahulu sentiasa mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua pengarang media bagi bertanyakan tentang isu-isu semasa,” katanya.

Beliau berkata media juga memainkan peranan penting dalam menjelaskan kepada rakyat sesuatu isu yang timbul dalam negara ini supaya kesejahteraan dan keharmonian terus kekal.

Mustapa berkata pengamal media memahami ‘sempadan’ dan kalau ada yang melampaui batas maka tindakan tegas akan dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Di negara luar, banyak laporan tidak bertanggungjawab dan kita di sini bernasib baik kerana media masih memainkan peranannya dengan baik. Saya gembira kerana media memahami dan banyak membantu dalam menyampaikan segala aspirasi kerajaan dan berharap hubungan dengan media akan berkekalan, ” katanya.

Pada Majlis Anugerah Kewartawanan Kelantan 2016 itu, Jurufoto Bernama Kelantan Zahari Abdul Razak, 54, menerima Anugerah Sepanjang Hayat dengan pengalaman selama 30 tahun dalam bidang fotografi.

Jurugambar Sambilan Bernama Kelantan, Shahuri Awang@ Saidi, 31, dinobatkan penerima Anugerah Foto Terbaik dengan hadiah wang tunai RM1,000 beserta piala dan sijil penghargaan. – BERNAMA

Tags: Kerajaanmedia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

“Kerajaan Hari Ini Memang Banyak Benda Pelik” – Mohammad Sollehin

“Kerajaan Hari Ini Memang Banyak Benda Pelik” – Mohammad Sollehin

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - “Ada orang tanya aku, kenapa Dato’ Sri Najib dah bayar denda pun masih tak boleh balik rumah?...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd