• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Cabar Lawan Polo: KJ Menghadap Sultan Johor

oleh
26/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK sampai 24 jam Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencabar skuad polo negara berlawan dengan pasukan baginda sendiri, nampaknya ia disambut Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Belia dan Sukan itu malahan dilaporkan sanggup menghadap Sultan Johor selain bertemu anakandanya, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim di istana semayam baginda di Johor Bahru hari ini.

Perkara tersebut turut disiarkan TMJ sendiri menerusi akaun rasmi Johor Southern Tigers kira-kira pukul 7.12 petang Jumaat yang memaparkan 10 gambar eksklusif pertemuan Khairy yang mesra disapa sebagai KJ itu.

Baca: ‘Kalau Anak Jantan, Lawan Pasukan Johor’ – Tuanku

Dengan tajuk HM Sultan Of Johor And HRH Crown Prince Of Johor Grant Audience To YB Khairy Jamaluddin, status itu nyata menarik minat netizen apabila baru sejam sahaja sudah menerima hampir 10,000 tanda suka.

Status berkenaan dengan kapsyen Hidup Johor Demi Johor turut dikongsi lebih 700 kali dan hampir 1,000 komen daripada pengguna media sosial dalam tempoh sama yang nyata teruja dengan sesi pertemuan tidak diduga itu.

Bagaimanapun TMJ tidak mendedahkan bilakah pertemuan tersebut berlangsung dan di manakah ia diadakan, sekali gus mencetuskan persoalan adakah mereka berbincang mengenai isu perlawanan sukan polo atau topik lain.

Semalam, Sultan Ibrahim menerusi akaun Johor Southern Tigers menzahirkan tidak berpuas hati dengan aksi luar biasa pasukan kebangsaan dalam Sukan SEA ke-29 kali ini dan mencabar mereka bertarung melawan skuad Johor.

Baginda dengan tajuk Kalau Anak Jantan, Lawan Pasukan Johor itu mendakwa pihak lawan terpaksa ‘berlakon’ dan mengalah kepada skuad kebangsaan yang disertai KJ sehingga menyebabkan kualiti perlawanan boleh diragui.

Namun, status TMJ kali ini tidak melaporkan apakah hasil daripada pertemuan itu tetapi ia mungkin sesuatu yang agak besar dan tentunya pula bakal diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: KJSultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Kembali Sertai UMNO, Serah Surat Rayuan Kepada Presiden UMNO Zahid 

KJ Kembali Sertai UMNO, Serah Surat Rayuan Kepada Presiden UMNO Zahid 

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin...

UMNO Sungai Buloh Sedia Terima KJ 

UMNO Sungai Buloh Sedia Terima KJ 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR - UMNO Bahagian Sungai Buloh menyatakan kesediaan untuk menerima semula bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd