• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Bendera Terbalik: Indonesia Maafkan Malaysia

oleh
22/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Presiden Joko Widodo hari ini memaafkan Malaysia mengenai insiden bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderamata khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang diedarkan pada upacara pembukaan sukan itu, Sabtu lalu.

Staf Khusus Presiden Bidang Komunikasi, Johan Budi Saptopribowo, berkata presiden itu sememangnya hanya menunggu permohonan maaf dari Malaysia sebaik isu itu timbul.

Media dalam talian memetik Johan sebagai berkata, Presiden Jokowi juga berharap rakyat Indonesia tidak memberi reaksi berlebihan atas kesilapan panitia Sukan SEA di Malaysia.

“Yang penting, sekarang kan sudah ada permintaan maaf dan buku cenderamata itu mahu ditarik balik, itu yang diharapkan oleh presiden dan Malaysia sudah minta maaf,” katanya di Kompleks Istana Kepresidenan, di sini, hari ini.

Malaysia, menerusi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman semalam telah membuat permohonan maaf secara rasmi kepada kerajaan dan seluruh rakyat Indonesia mengenai kesalahan cetakan bendera Indonesia itu.

Sementara itu, Naib Presiden Jusuf Kalla pula berkata, semua pihak diminta supaya tidak lagi memperbesarkan isu berkenaan memandangkan kerajaan Indonesia telah memaafkan kesilapan pihak jawatankuasa penganjur Sukan SEA Ke-29 itu.

“Kan Pemerintah Malaysia sudah minta maaf, apalagi? Pemerintah (kerajaan Indonesia) menerima itu dengan terbuka, semua orang bisa (boleh) melakukan kesalahan,” katanya seperti yang dipetik oleh Kompas.com.

Beliau berkata, Kerajaan Indonesia memahami kesalahan yang dilakukan itu bukanlah sesuatu yang disengajakan.

“Ini kan kesalahan teknis (teknikal) yang tidak disengaja, tidak mungkin Kerajaan Malaysia sengaja. Ini kan mungkin tukang (pihak) percetakannya yang tidak faham, ini soal ketelitian,” katanya. – BERNAMA

Tags: bendera terbalikIndonesiaJokowi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tujuh Jam Yang Mendebarkan Untuk Seorang Remaja Di Indonesia

Tujuh Jam Yang Mendebarkan Untuk Seorang Remaja Di Indonesia

03/12/2025
0

INDONESIA – Dalam insiden yang mengundang tangisan berjuta penonton di media sosial, seorang remaja lelaki melalui detik paling mencemaskan dalam...

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

11/10/2025
0

Subang Jaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai pemandu lori sampah yang terbabas sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd