• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Heret’ Anak Murid Semai Semangat Cintakan Negara

oleh AK-47
31/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Gelagat seorang pemuda yang bersorak penuh semangat sambil mengibarkan Jalur Gemilang setiap kali perarakan masuk kontinjen yang menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat negeri Pahang yang diadakan di sini, hari ini mencuri tumpuan pengunjung.

Tanpa mengendahkan cuaca yang panas terik, pemuda yang memakai baju yang hampir lencun dek peluh kelihatan teruja melihat perbarisan sambil berdiri di atas kerusi di celah-celah kelibat orang ramai dengan sesekali berkata sesuatu kepada beberapa orang yang kelihatan jauh lebih muda daripadanya.

Apabila dihampiri, pemuda berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai Wee Kwong Yaw, 36 adalah seorang guru tuisyen yang membawa lapan orang anak muridnya untuk turut sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2017 itu.

“Saya memang tidak pernah ketinggalan untuk menghadiri sambutan hari kebangsaan dan sekarang apabila saya menjadi guru saya ‘heret’ pula anak-anak murid untuk turut sama datang bagi menyemai semangat patriotisme dan sayangkan tanah air di dalam jiwa mereka.

Kita dapati semangat nasionalisme di kalangan generasi muda pada masa kini terlalu rapuh, sebab itu mereka perlu didedahkan dengan acara ini untuk wujudkan perasaan sayang dan cintakan negara di dalam jiwa mereka,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, seorang daripada pelajar Wee, Tan Sze Ying, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Alor Akar berkata beliau merasa teruja apabila dipelawa oleh gurunya untuk turut sama menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan 2017 yang diadakan di Jalan Mahkota itu sehingga sukar melelapkan mata malam tadi.

“Rasa teruja, ini kali pertama saya menyaksikan secara dekat perbarisan hari kebangsaan kerana pada kebiasaan hanya melihatnya menerusi televisyen dan surat khabar. Kedua-dua ibu bapa saya pun tidak menghalang apabila saya memaklumkan mahu mengikut guru datang ke sini, malah menggalakkan.

Secara langsung acara seperti ini juga dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum yang hadir pada hari ini dan saya rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Turut mencuri tumpuan ialah aksi sepasang adik beradik Mohd Adam Hisham, 3, dan adiknya Muhammad Umar Hisham, setahun, apabila menggayakan sepasang baju yang dijahit khas oleh ibunya sendiri Suhaila Mohd Sood, 29, dengan menggunakan Jalur Gemilang.

“Dahulu sewaktu masih bersekolah, saya sering masuk perbarisan dan memang rasa bangga setiap kali mendapat peluang itu.

Sekarang apabila sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang anak, saya mahu mereka turut rasa bangga jadi anak merdeka dengan memakai baju Jalur Gemilang,” kata Suhaila yang hanya mengambil masa sehari untuk menjahit dua pasang baju berkenaan. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd