• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasan Malek Bakal Bintangi Filem Komedi

oleh AK-47
28/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek akan membintangi filem This Is Pilah yang bakal memulakan penggambaran bulan depan.

Filem komedi romantik berlatar belakang Adat Perpatih itu terbitan Madness Film Sdn. Bhd. (Madness Film).

Pengasas Madness Film, Shafirul Nizam Haron berkata, filem itu arahan Rosdi Md Dali akan ditayangkan pada awal tahun depan.

“Filem ini menampakkan kelainan apabila semua dialek menggunakan bahasa Negeri Sembilan yang turut menampilkan Datuk Seri Hasan Malek sebagai pelakon jemputan.

“Filem ini menelan belanja RM1 juta dan pelakon utama adalah penyanyi rap tempatan, Juzzthin. Sementara itu pelakon wanita masih misteri,” katanya.

Syafirul Nizam berkata, filem itu juga akan dibintangi artis lain yang berasal dari negeri berkenaan iaitu Waris dan Ito.

“Buat masa ini kami juga sedang berunding untuk menjemput kartunis Ujang dan penceramah, Ustaz Syamsul Debat,” katanya.

Beliau berkata, dalam pada itu single terbaru Waris iaitu This Is Pilah turut dilancarkan yang menjadi muzik runut filem berkenaan.

“Filem ini berkisar mengenai pemuda dari Kuala Pilah yang mahu berkahwin dengan wanita idaman namun dihalang bapa lelaki berikutan berasal dari suku yang sama,” katanya.

Katanya, pihaknya melantik Undang Johol, Datuk Muhammad Abdullah sebagai penasihat filem berkenaan. – myMetro Online

Tags: FILEMHasan MalekMenteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak mempunyai kaitan dengan cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan...

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

15/05/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata para menteri suatu ketika dahulu berasa gerun terhadap beliau semasa memegang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd