• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Kekal Ditentukan Secara Mingguan

oleh AK-47
17/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penentuan harga runcit petrol dan diesel kekal dibuat secara mingguan dengan kerajaan tidak bercadang mengembalikan penentuan harga bahan api itu secara bulanan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata penentuan harga secara mingguan merupakan mekanisme terbaik kerana harga minyak benar-benar ditentukan mengikut harga pasaran dunia.

“(penentuan secara mingguan) itulah mekanisme paling baik, kerana harganya benar-benar kita letakkan seperti harga pasaran dunia, tiada cara lain lagi. Mekanisme ini juga menentukan bahawa keadilan pengguna dan juga peniaga dalam industri ini diberikan,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017 pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

RUU yang bertujuan menggalakkan ketelusan dalam pempameranan, pengiklanan atau sebutan harga atau caj ini diluluskan Dewan Rakyat hari ini selepas mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Negara menerusi undian suara.

Hamzah berkata pindaan RUU ini membolehkan kerajaan melaksanakan Dasar Harga Terangkum (DHT) bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan atau dimanipulasi oleh peniaga termasuk peniaga dalam talian.

Hamzah juga berkata Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 akan dilancarkan bagi meneruskan konsep membantu mengatasi masalah kos hidup rakyat dengan menawarkan produk lebih murah daripada harga pasaran.

“Ini saya setuju, ia untuk kebaikan pengguna tetapi apabila diberikan kepada satu pengusaha, ia tidak dapat benar-benar mengikuti keperluan rakyat supaya harga itu lebih murah jualannya dari tempat lain.

“Kita telah bincang dan kita akan lantik pengendali untuk KR1M 2.0 demi membantu rakyat dari segi konsep menangani kos kehidupan,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan KPDNKK menamatkan segera kontrak syarikat mengendalikan KR1M yang menjual produk jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

Sementara itu, Dewan Negara turut meluluskan RUU Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2017 bagi meminda Akta Perihal Dagangan 2011 yang antara lainnya bertujuan menghendaki orang berdaftar di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 mematuhi garis panduan yang dikeluarkan berhubung pempameran harga. – BERNAMA

Tags: harga minyakKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd