• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanyut ‘Dimamah’ Jambatan Di India

oleh Ahmad Albab
20/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Sepasang suami isteri bersama anak kecil mereka terbunuh apabila jambatan yang dilintasi untuk ke kampung seberang runtuh.

Tiga beranak itu dirakam berpegangan tangan ketika cuba menyeberangi jambatan itu sambil membawa barangan keperluan.

Hanya beberapa saat sebelum kejadian, keluarga lain sempat menyeberang dengan selamat ketika pemindahan dijalankan dalam kejadian di Bihar, utara India, yang bersempadan Nepal.

Namun nasib tidak menyebelahi keluarga malang itu apabila jambatan berkenaan runtuh ketika mereka hanya beberapa meter dari kawasan selamat menyebabkan ketiga-tiganya terjatuh ke dalam sungai yang mengalir deras.

Kejadian itu dirakam penduduk kampung dan tersebar di media sosial.

Saksi berkata: “Orang ramai terpaksa melarikan diri apabila rumah mereka semakin dinaiki air dan jambatan itu satu-satunya laluan yang menghubungkan dua kampung kami.

“Beberapa orang sempat melintasi sebelum itu, malangnya jambatan berkenaan tidak dapat bertahan ketika keluarga terbabit menyeberanginya.

“Kami semua hanya mampu memandang apabila mereka bertiga dihanyutkan arus.”

Menurut Times of India, sekurang-kurangnya 119 orang terbunuh akibat banjir dalam tempoh lima hari.

Banjir di Bihar menjejaskan 9.3 juta orang, walaupun negeri lain di India berdepan kemarau teruk kerana kekurangan hujan. – Agensi/myMetro Online

Tags: Indiajambatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd