• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanez Suraya Tertekan Berat Badan Makin Susut

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA yang tak kenal dengan pelakon cantik Hanez Suraya yang dulunya pernah terpalit kontroversi mengenai rumah tangganya sedikit goyah, suatu masa dulu.

Baru-baru ini, Hanez yang turut memberi sokongan kepada rakan-rakan designer di KL Fashion Week mengakui berat badannya semakin turun selepas melahirkan puteri sulungnya, Putri Aleesya. Dia juga dikhabarkan agak tertekan dan bingung dengan keadaan tersebut.

Hanez juga sering dihujani pelbagai soalan mengenai susuk tubuhnya yang semakin kurus. Rupa-rupanya berat badannya kini lebih ringan jika nak dibandingkan semasa dia masih ‘solo’.

“Ramai yang mengambil berat apabila bertanya mengapa saya begitu kurus. Berat badan saya kini di bawah 50 kilogram. Saya tidak melakukan apa-apa rawatan pelangsingan badan, tidak juga mengambil ubat kurus, malah jarang bersenam.

“Ia mula menurun selepas selesai tempoh berpantang. Pada mulanya, saya sangka itu perkara biasa tetapi apabila berat semakin merosot, saya mula resah,” katanya dipetik laporan BH Online.

Dikhabarkan juga pelakon drama Love You Mr. Arrogant ini pernah menangis kerana terlalu tertekan dan risau apabila bajunya semakin longgar dan tidak lagi cantik terletak apabila disarungkan.

“Selama ini, saya memakai baju saiz M, tetapi kini bertukar XS. Ada seluar yang bersaiz kecil tetapi masih terasa longgar apabila disarungkan.

“Pelbagai aktiviti yang saya lakukan untuk menaikkan semula berat badan, termasuk makan dalam jumlah lebih besar,” tambahnya lagi.

Walaupun semua usaha yang dilakukan untuk menambah berat badannya gagal, namun Hanez bersyukur kerana dia bebas dari sebarang penyakit dan masalah kesihatan.

Hanez yang kini tidak lagi aktif dalam bidang lakonan telah menceburi bidang perniagaan pula. Dia yang mula berjinak-jinak dalam perniagaan tudung Everyday KL pada awal tahun lalu turut bersyukur walaupun rumah tangganya pernah dilanda badai dulu, namun mereka sekeluarga masih bahagia.

Semoga Hanez sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dan perniagaannya semakin maju. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: hanez suraya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Bendera Indonesia Tidak Disengajakan – Zahid

Next Post

Gelombang Fatzura Berterusan Di KLFW?

Related Posts

Tak Suka Nama Disebut, Hanez Mohon Awi Jaga Hati

30/03/2018
0

KENANGAN masa lalu merupakan satu perjalanan yang perlu kita lupakan serta dijadikan sebagai pengajaran. Tak semua orang suka apabila kenangan...

Hanez Mohon Hormati Status Sebagai Seorang Isteri

29/03/2018
0

BARU-BARU ini, penyanyi kelahiran Singapura iaitu Awi Rafael mendedahkan dia mengenali tunangnya, Atikah Suhaime sejak lapan tahun lalu ketika masih...

Next Post

Gelombang Fatzura Berterusan Di KLFW?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd