• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafiz Hamidun Setuju Dengan Kenyataan Jais

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Hafiz Hamidun menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam (Khamis) mengenai status perkahwinanannya dengan Joy Revfa sebagai tepat dan adil.

Menerusi Twitter, Hafiz tetap tegas dengan tindakannya sebelum ini untuk mengasingkan diri selagi masalah ini belum selesai bagi memenuhi tuntutan syariat Islam.

“Kenyataan yang sangat adil dan tepat untuk kes ini, sekarang sedang menunggu keputusan pembubaran nikah yang difailkan Joy pada 14 September.

“Jais memberi kelulusan saya dan Joy bernikah pada 1 Mei lalu, namun kegagalan Joy menyerahkan surat cerai menyebabkan saya perlu mengasingkan diri,” ujarnya, mermetik laporan mStar Online.

Hafiz turut menyatakan rasa puas hatinya apabila Jais membenarkan pernikahan tersebut setelah bekas suami Joy iaitu Datuk Ray Imran bersetuju untuk mengemukakan surat akuan bercerai pada tahun 2015.

Menerusi laporan beberapa portal berita, Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim berkata, isu itu hanya timbul apabila Ray Imran gagal mengemukakan sijil perceraian dari pejabat agama Islam di Songkhla, Thailand iaitu lokasi di mana mereka bernikah.

Joy telah ke Songkhla untuk menguruskan perkara berkenaan, namun gagal kerana ia seharusnya dimohon oleh bekas suami.

Akibat ketiadaan sijil perceraian itu Joy terpaksa membuat permohonan taklik yang berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu 13 Julai lalu.

Sementara itu, Hafiz menambah kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pekara tersebut secara tertutup, namun diingkari Joy apabila wanita itu membuat sidang media.

“Isu ini sebenarnya telah setuju dua-dua pihak untuk diselesaikan secara dalaman dan senyap saja. Tapi pihak Joy telah membuat sidang media. Saya mengambil keputusan mengasingkan diri dan tak tinggal sebumbung selagi masalah ini belum selesai. Semua demi mengikut syariat Islam.

“Saya tak mahu persoalkan kenapa. Tapi itulah yang jadi, Joy yang failkan pembubaran pernikahan. Kita tunggu keputusan mahkamah,“ ujarnya.

Joy telah memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada 18 Ogos lalu.

Permohonan tersebut dibuat selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah dan enggan menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Pasangan ini diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Joy pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hafiz hamidunJAISjoy revfa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

05/11/2025
0

SHAH ALAM: Pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam (SRI) al-Afsari di Saujana Putra di Kuala Langat yang 80 muridnya tidak dapat...

Pelajar Maut Kena Renjatan, JAIS Arah Sesi PdP Dihentikan

Pelajar Maut Kena Renjatan, JAIS Arah Sesi PdP Dihentikan

21/12/2024
0

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sebuah sekolah agama di Serdang dihentikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd