• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Generasi Muda Pemangkin Bawa Malaysia Ke Puncak

oleh Ahmad Albab
30/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu generasi baharu terus menjadi pemangkin yang membawa Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

Najib berkata generasi baharu perlu mengambil iktibar betapa sukarnya negara mencapai kemerdekaan dan mengekalkannya dalam tempoh 60 tahun.

“Betapa sukarnya kita nak capai kemerdekaan pada peringkat permulaan. Betapa besarnya cabaran yang ada di hadapan kita. Bila kita lihat sambutan tahun ini, kita dapat rasa apa yang kita telah capai selama 60 tahun ini adalah kejayaan yang sangat-sangat cemerlang,” katanya semasa berucap ketika meninjau raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, pagi ini.

Beliau berkata generasi muda hari inilah penyambung generasi Transformasi Nasional (TN 50) yang akan membawa Malaysia ke peringkat lebih tinggi di mata dunia.

“Ingat kata-kata ini, perjalanan perlu kita teruskan sehingga Malaysia sampai ke puncak kejayaan,” pesan perdana menteri yang memberikan kata-kata semangat kepada peserta acara persembahan, umumnya terdiri daripada pelajar sekolah serta anggota jabatan dan agensi kerajaan.

Perdana menteri turut berpuas hati dengan persiapan akhir sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang melibatkan 18,000 peserta termasuk pelajar sekolah dan kumpulan pasukan beruniform itu.

“Saya berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan semua peserta yang dilihat dapat menyampaikan mesej sambutan 60 tahun kemerdekaan negara. Mudah-mudahan pertunjukan ini akan menjadi persembahan yang tidak dapat dilupakan oleh setiap rakyat Malaysia,” katanya.

Najib, tiba kira-kira 8.15 pagi ini diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Dr. Sharifah Zahrah Syed Ahmad untuk menyertai dan melihat sendiri perjalanan raptai terakhir sambutan Hari Kebangsaan 2017, yang berlangsung pada Khamis.

Dalam raptai penuh itu perdana menteri melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali sebagai mengimbas kembali detik bersejarah yang pernah dilakukan oleh perdana menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Sambutan bertemakan ’Negaraku Sehati Sejiwa’ mengembalikan semula nostalgia sambutan kemerdekaan pada 1957, selain mengimbas pengisytiharan Hari Malaysia, era pembangunan negara bawah kepimpinan perdana menteri Malaysia kedua hingga keenam, serta kejayaan dan pembangunan yang dikecapi negara hingga hari ini. – BERNAMA

Tags: BeliaDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd