• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem Abang Long Fadil 2 ‘Dirompak’ Lagi

oleh
28/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKALI lagi pihak produksi filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) telah membuat laporan polis kerana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah memuat naik sedutan filem tersebut di media sosial.

Sebelum ini, penerbit ALF2, Datuk Yusof Haslam membuat laporan yang pertama ketika terdapat kebocoran selama 30 minit durasi filem yang telah dimuat naik. Walaupun cuma selama 30 minit, namun ianya boleh memberi impak yang kuat kepada pembikinan filem terbesar ini.

“Mungkin 30 minit itu kita nampak kecil, tapi sebenarnya ia memberi impak besar kepada pembikin filem.Tujuan laporan polis dilakukan untuk memberi peringatan supaya tidak berlaku lagi perkara seumpama ini.”

“Dan kali ini pihak saya dan Astro tidak akan berkompromi lagi, jika terdapat lagi perkara seperti ini kita akan ambil tindakan tegas dan saman,” kata Datuk Yusof.

Walaupun sudah diberikian amaran keras, namun masih ada lagi individu yang tidak mengendahkan amaran yang diberikan.

Menurut sumber dari Astro Gempak, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar kerana filem ini telah dirompak buat kali kedua serta individu yang memuat naik sedutan filem itu bakal dikenakan tindakan undang-undang.

“Kami memandang serius perkara ini dan laporan polis ini dibuat untuk menyiasat perbuatan tidak bertanggungjawab ini sebelum tindakan undang-undang akan diambil,” katanya kepada pihak media Astro Gempak.

Sumber mengatakan rakaman penuh filem itu dimuat naik di laman YouTube pada jam 8:55 malam dan dilakukan secara tersembunyi.

Yusof sendiri telah menyedari rakaman yang dimuat naik ke laman YouTube ini dan telah memberikan amaran kepada pihak terbabit.

Sekitar jam 9:45 malam, rakaman itu telah pun dipadam dari laman YouTube, namun telah ditonton lebih daripada 100 pengguna.

Tindakan undang-undang yang bakal dikenakan ialah denda sebanyak RM2,000 dan tidak melebihi RM20,000 bagi setiap salinan atau penjara atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali kepada mereka yang melanggar Akta hakcipta 1989 jika disabitkan kesalahan. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Abang Long Fadil 2FILEM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd