• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Lelaki Terlibat Kes Pukul Remaja Ditahan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pukul seorang remaja lelaki di pusat komputer Khamis lepas ditahan sekitar Lembah Klang, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata kesemua suspek berusia antara 20 dan 24 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Siasatan masih dijalankan. Kami sedang mengesan beberapa lagi individu yang terlibat dalam kes itu bagi membantu siasatan,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun yang sedang bermain komputer telah dipukul beramai-ramai menggunakan pelbagai senjata seperti pedang dan alat pemadam api di sebuah pusat komputer di Setiawangsa, di sini.

Mangsa yang cedera parah pada badan menerima tujuh jahitan pada kepala dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 20 saat yang tular dalam laman sosial, suspek turut dilihat cuba mengacukan objek dipercayai pistol ke arah mangsa.

Rakaman tersebut turut menunjukkan mangsa diheret ke depan pintu pusat komputer itu dan tidak mendapat sebarang bantuan daripada pengunjung lain. – BERNAMA

Tags: kes pukulpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd