• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekspo Johor Dedah Pembangunan Johor Selama 60 Tahun

oleh AK-47
31/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Penganjuran Ekspo Johor Berkemajuan di Dataran Mahkota, Kota Iskandar pada Oktober ini diharap dapat mendedahkan perjalanan pembangunan Johor selama 60 tahun kepada segenap rakyat di negara ini.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia juga disasar untuk menerangkan hala tuju yang bakal diambil oleh kerajaan negeri dalam memajukan Johor pada masa depan.

Katanya, sebagai kerajaan yang memerintah, adalah perlu untuk pihaknya berkongsi serta mempersembahkan pembangunan Johor kepada seluruh rakyat Johor dan Malaysia supaya mereka dapat memahami perkara-perkara penting termasuk mengenai apa yang kita telah capai dan cabaran-cabaran dalam mencapainya.
“Ekspo ini juga menjelaskan ke mana Johor ini akan kita bawa. Apakah bentuk masa depannya. Apakah cabarannya. Biar semua orang tahu, terutama generasi muda Johor dan Malaysia bahawa kita sentiasa memandang ke hadapan.

Kita sentiasa merancang pelan terbaik untuk Johor dan Malaysia. Kita tidak pernah berasa puas dan cukup untuk memberi kepada Johor dan Malaysia yang kita cintai,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pra Pelancaran Ekspo Johor Berkemajuan dan Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2017 peringkat negeri di sini, hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, ekspo ini turut diharap dapat membangkitkan rasa ghairah dan keterujaan seluruh rakyat Johor dalam memberi dan menyumbang lebih banyak lagi kepada kerajaan, sama ada pusat mahupun negeri.

Pada hujung Jun lepas, Mohamed Khaled dalam satu majlis berbuka puasa berkata ekspo itu yang berlangsung dari 6 hingga 14 Okt akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia memberi peluang kepada kerajaan negeri serta agensi terlibat untuk menyampaikan maklumat secara langsung akan pencapaian semasanya kepada rakyat di seluruh negeri bagi meningkatkan keyakinan mereka. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd