• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eh… Pengodam Indonesia Rupanya Belajar Di UM?

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA bendera Indonesia tersilap cetak dalam buku cenderamata Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), penggodam laman web negara itu bertindak biadab godam beberapa laman web Malaysia.

Kumpulan dikenali sebagai Hacker Rules menyiar semula imej dalam halaman buku tersebut bersama mesej “Bendera kebangsaan saya bukan alat mainan”, dengan lagu kebangsaan republik itu sebagai bunyi latar.

Antara laman yang menjadi mangsa mereka ialah kualalumpurmalaysia.com, www.beahappymillionaire.com, innercircle.my dan laman web Sekolah Seri Puteri, seriputeri.edu.my.

Kaitan: Website Sekolah Seri Puteri Digodam Rakyat Indonesia

‘Menariknya’, seorang pengguna Facebook, Olie Nam Jahanam, mendakwa salah seorang daripada ahli kumpulan itu dipercayai merupakan bekas penuntut Universiti Malaysia (UM).

“Waduh, hackernya dari indonesia yang pelajarannya (belajar) di malangsia?   bener kami ngak hebat tapi muka mu hebat banget gantengg banget. Firmansyah Shidiq Wardhana  Hello ,” tulisnya.

Firmansyah Shidiq Wardhana yang merupakan bekas graduan pentadbiran perniagaan UM dikatakan antara dalang serangan siber yang godam lebih 33 laman; kebanyakannya milik persendirian dan blog perniagaan di Malaysia.

Tambah Ollie, dia mendakwa Firmansyah merupakan suspek setelah laman blog lelaki itu memaparkan alamat sesawang yang memaparkan nama penuhnya, sekali gus dikatakan antara penyerang ‘utama’.

Bagaimanapun hasil semakan Mynewshub menerusi Internet pula, pemuda berkenaan sebenarnya bukan merupakan seorang penggodam seperti yang digembar-gemburkan.

Ini kerana ia mungkin berpunca akibat mempunyai nama yang sepadan dengan penggodam terkenal Indonesia, Dani Firmansyah.

Sebagai menguatkan lagi teori ini, anda boleh buat carian sendiri nama penuh pemuda itu dan hasilnya dia merupakan individu biasa yang bekerja di sektor perbankan dan kebetulan pula memiliki nama sama seperti Dani.

Sementara itu, jurucakap polis Indonesia berkata kumpulan penggodam berkenaan masih belum dapat dipastikan benar-benar warga republik itu dan sedia bekerjasama dengan polis Malaysia untuk membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bendera terbalikGodamIndonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd