• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipenjara Kerana Guna Tepung Luput Tarikh

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BOURG-ACHAR – Seorang pembuat roti warga Perancis ditahan di China atas tuduhan menggunakan tepung yang sudah tamat tarikh luput.

Menurut keluarganya, Laurent Fortin, 48, ditahan pada Mac lalu di kedai roti dan kopi Farine di Shanghai, iaitu tempat kerjanya sejak berpindah ke China pada tahun lalu.

Keluarga Fortin berkata, pemeriksa kesihatan mendakwa menemui tepung yang sudah tamat tarikh luput dalam satu serbuan di kedai itu dan gudang milik syarikat berkenaan.

Selain Fortin, enam lagi pekerja warga China turut ditahan dalam serbuan itu.

Ketika kejadian, pemilik syarikat, yang juga usahawan warga Perancis, Franck Pecol, dipercayai berada di Perancis.

Jika sabit kesalahan, Fortin bakal dikenakan hukuman penjara antara setahun hingga 15 tahun, walaupun beliau hanya kakitangan syarikat terbabit.

Bagaimanapun, akhbar tempatan, Shanghai Daily melaporkan, Fortin memegang jawatan sebagai pengurus pengeluaran rangkaian kedai itu yang memiliki empat lagi cawangan. – AFP

Tags: luar negaramakananroti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semakin Banyak Negara Gesa Rakyat Simpan Makanan, Air Minuman Hadapi Kecemasan

Semakin Banyak Negara Gesa Rakyat Simpan Makanan, Air Minuman Hadapi Kecemasan

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Semakin banyak negara termasuk Britain, Jepun, Jerman, Sweden dan Norway menggesa rakyat masing-masing menyimpan bekalan makanan, air...

Pemimpin Luar Negara Berebut Mahu Jumpa PMX – Maszlee

Pemimpin Luar Negara Berebut Mahu Jumpa PMX – Maszlee

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik mendakwa kedudukan Malaysia di mata dunia semakin pulih sehingga pemimpin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd