Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Universiti Ambil Langkah Banteras...

KUALA LUMPUR - Universiti awam mengambil pelbagai langkah bagi mengelak penuntut daripada terjebak...

Apple Bakal Lancar Jam...

SYARIKAT telekomunikasi gergasi Apple Inc. merancang untuk melancarkan model jam pintar terbaru mereka...

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah...

KE Bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah...

Petisyen Pujut: Penghujahan Lisan...

MIRI - Mahkamah Pilihan Raya menetapkan 30 Sept untuk mendengar penjelasan dan penghujahan...

“Dia Tak Pulang Awal, Rancak Tangkap Ikan”

DUNGUN – “Suami saya tidak dapat pulang awal kerana dia sedang rancak menangkap ikan, namun dia berjanji akan pulang segera,” kata Siti Nur Syuhada Hanafi, 23, mengenai suaminya yang hilang dalam kejadian bot karam  di muara Kuala Dungun pada Rabu lalu.

Beliau berkata suaminya Che Mohd Afendi Che Ismail, 34, memberitahu demikian ketika menghubunginya pada pukul 5 petang Rabu dan turut memberitahu dia berharap dapat sampai ke rumah esok hari.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, suaminya bersama tiga rakan nelayannya yang lain dikhuatiri lemas selepas bot gentian kaca mereka terbalik di pukul ombak ketika memasuki muara.

Pada pukul 8.50 pagi tadi, mayat Mohd Nazri Yaacob, 37, telah ditemui manakala yang masih hilang ialah Che Mohd Afendi, Mohamad Zawawi Mohamed, 27 dan Abdul Wahab Zakaria, 44.

Seorang lagi mangsa Mohd Shazrin Yaccob, 33, iaitu adik kepada Mohd Nazri berjaya menyelamatkan diri selepas tiga jam berenang ke daratan.

Siti Nur Syuhada berkata suaminya juga sempat meluahkan perasaan teruja untuk menyambut kelahiran anak mereka yang kedua yang kini dikandungnya selama tujuh bulan.


“Seminggu sebelum dia keluar ke laut, kami sempat membuat imbasan kandungan saya bagi mengetahui jantina anak kami dan turut diberitahu anak kami kemungkinan besar perempuan. Saya juga mungkin akan bersalin pada bulan Oktober ini,” katanya.

Sementara itu isteri kepada Abdul Wahab iaitu Marizan Ariffin, 37, berkata kebiasaannya suaminya akan menghubunginya dua kali sehari ketika berada di laut untuk bertanya khabar dan berkongsi mengenai aktiviti hariannya.

“Bagaimanapun pada hari kejadian, dia langsung tidak menghubungi dan saya hanya menyangka dia sedang sibuk. Biasanya sebelah pagi dan tengah hari kami akan berbual menerusi telefon.

“Setiap kali berbual dia akan berkata dia ingin balik cepat. Saya berharap suami saya dapat ditemui tidak kira sama ada dia hidup atau tidak,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori