• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demam Denggi Kes Penyakit Berjangkit Paling Tinggi

oleh Ahmad Albab
02/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyakit demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes disenaraikan sebagai penyakit berjangkit paling tinggi di negara ini dengan nisbah 328.3 kes setiap 100,000 penduduk, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ini diikuti dengan penyakit tangan, kaki dan mulut (152.25), leptospirosis (kencing tikus) (17.12), hepatitis B (12.60) dan HIV (11.00).

Beliau berkata kementerian melaksanakan pelbagai strategi khusus untuk mengawal dan mencegah penyakit berjangkit daripada merebak.

“Bagi menangani insiden penyakit demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes, kementerian telah melaksanakan pelbagai langkah pencegahan dan kawalan termasuk menggunakan sistem pemantauan berasaskan laman sesawang secara tepat masa iaitu eDengue, sistem pengurusan wabak denggi (SPWD) bagi meningkatkan pengawasan ke atas lokaliti kes dan wabak denggi,“ katanya.

Menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai insiden penyakit berjangkit di negara ini serta strategi pencegahannya, beliau berkata aktiviti gotong-royong secara berkala dijalankan di kawasan berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, selain gotong-royong di seluruh negara sekurang-kurangnya dua kali setahun,

Di samping itu, program Bebas Denggi dan penubuhan pasukan sukarelawan ‘Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku’ (Combi) di kawasan tumpuan pembiakan nyamuk itu juga diperkukuhkan, katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata Malaysia dikategorikan dalam kadar sederhana bagi penyakit tibi berbanding negara jiran iaitu Indonesia, Thailand dan Filipina.

“Strategi utama pencegahan penyakit tibi adalah pengesanan dan rawatan awal bagi semua kes tibi sehingga pesakit diisytihar sembuh sepenuhnya daripada penyakit tersebut.

“Pemeriksaan kahak akan dilakukan ke atas pesakit yang mempunyai tanda dan gejala tibi termasuk pemeriksaan x-ray dada terhadap golongan berisiko tinggi mendapat penyakit tersebut.

“Kemudahan diagnosis penyakit tibi juga ditingkatkan dengan pembelian mikroskop fluoresen LED yang boleh tingkatkan sensitiviti pengesanan bakteria,” katanya. – BERNAMA

Tags: demam denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

18/09/2024
0

Kota Bharu : Kelantan merekodkan 2,051 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 7 September lalu. IKUTI...

Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

89,474 Kes Demam Denggi, 65 Kematian Direkod Hingga September

06/10/2023
0

PUTRAJAYA – Sebanyak 89,474 kes demam denggi direkodkan sejak Januari hingga 30 September lalu dengan peningkatan 105.5 peratus berbanding 43,544...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd