• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Transformasi Khidmat Awam Bukti Utama Rakyat

oleh AK-47
11/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dasar Transformasi Perkhidmatan Awam (TPA) adalah bukti kerajaan sentiasa meletakkan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai keutamaan.

Perdana menteri berkata dasar itu antara usaha untuk menyenangkan urusan harian orang ramai.

“Sudah menjadi tugas kerajaan untuk memudahkan urusan dalam kehidupan rakyat. Oleh yang demikian, kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Dasar Transformasi yang fokusnya untuk menambah baik perkhidmatan awam yang sedia ada,” kata Najib.

Beliau berkata demikian menerusi catatan terbaru di laman blog rasmi beliau, najibrazak.com hari ini.

Dalam pada itu, Najib turut menyenaraikan beberapa contoh manfaat yang diperoleh orang ramai melalui TPA merangkumi perkhidmatan memperbaharui pasport dan permohonan MyKid serta MyKad.

“Kalau dahulu, perkhidmatan memperbaharui pasport perlu mengambil masa sehingga 10 hari bekerja, kini cuma mengambil masa satu atau dua jam sahaja hasil Dasar Transformasi Kerajaan.

“Malah kaunter Imigresen di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) juga beroperasi setiap hujung minggu kecuali cuti umum. Bermula 2016, permohonan memperbaharui pasport juga boleh dijalankan secara dalam talian.

“Begitu juga permohonan MyKid dan MyKad yang dahulunya tempoh menunggu permohonan adalah sehingga 30 hari berbanding kini permohonan baharu hanya mengambil masa 24 jam,” kata Najib.

Menurut perdana menteri, kaunter Jabatan Perdana Menteri (JPM) di UTC dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang dibuka sehingga malam bukan sahaja memudahkan orang ramai, malah mengelakkan kesesakan pada waktu puncak.

“Satu lagi aspek penting dalam kehidupan rakyat adalah rawatan kesihatan. Jika dahulu penduduk di pendalaman terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital.

“Kini Klinik Bergerak 1Malaysia sanggup meredah hutan dan sungai semata-mata untuk memberi rawatan kepada orang ramai,” kata Najib. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd