• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daler Yusuf Turut Terkena Tempias Isu Permit Kerja

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON yang baru meningkat naik, Daler Yusuf Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Daler Yusuf turut mendapat tempias apabila dirinya dipersoal tentang permit kerja di Malaysia.

Namun aktor yang baru berusia 23 tahun ini menjelaskan bahawa dia telah mendaftar permit bekerja di Malaysia. Bahkan, kad ahli persatuan Seniman Malaysia pun dia sudah ada.

“Saya sudah mempunyai visa atau permit bekerja sejak awal tahun lalu sebelum saya berlakon lagi. Sebaik sahaja visa belajar saya tamat dan terus mohon untuk kerja pula.

“Malah, pada masa yang sama saya juga telah mendaftar kad keahlian persatuan Seniman. Jadi, tidak ada timbul masalah yang berkaitan dengan permit,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar.

Pemuda yang berasal dari Uzbekistan ini mengakui yang adiknya, Sherzod Yusuf juga mempunyai visa untuk menetap di Malaysia.

“Adik saya masih belajar dan dia hanya ambil visa sebagai pelajar sahaja. Tapi dalam visa tersebut disediakan masa untuk dia bekerja,” ujarnya.

Dikhabarkan adik Daler Yusuf merupakan model separuh masa di sini. Nampaknya, Sherzod Yusuf pandai menggunakan visa yang diberikan walaupun waktu bekerja hanya terhad kepada 20 jam seminggu.

Beralih kepada topik kariernya pula, Daler mengakui dia turut mendapat banyak tawaran selepas pembabitannya menerajui drama Encik Suami Mat Salleh Celup dan tidak mahu mensia-siakan peluang yang datang.

Yalah.. orang kata peluang hanya datang sekali.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan penerimaan penonton dengan drama kedua saya yang baru sahaja tamat pada Jumaat lalu.

“Sejak itu, ada banyak tawaran berlakon yang saya dapat dan boleh katakan saya tidak mahu melepaskan peluang yang ada ini mengikut kesesuaian jadual,” kata Daler.

Sebelum ini, nama Daler turut menjadi sebutan apabila video dia terpeluk Nelydia Senrose semasa pengambaran tersebar dan mendapat kecaman dari netizen. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Daler Yusuf
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Solat Sunat Sebelum Shoot Dipuji Netizen

19/12/2017
0

GOLONGAN artis dan selebriti sering dilihat sebagai golongan yang glamor dan sentiasa terdedah dengan populariti. Namun, mereka juga manusia biasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd