• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Artis Solat Sunat Sebelum Shoot Dipuji Netizen

oleh AK-47
19/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLONGAN artis dan selebriti sering dilihat sebagai golongan yang glamor dan sentiasa terdedah dengan populariti.

Namun, mereka juga manusia biasa yang menjalani kehidupan seperti manusia normal lain.

Baru-baru ini tersebarnya gambar seorang pelakon yang sedang mengerjakan solat di sebuah masjid sebelum memulakan pengambaran.

Khabarnya, pelakon lelaki itu ialah pelakon yang sedang meningkat naik, Daler Yusuf.

Menurut Pencetus Ummah (PU) Rahmat yang juga individu yang memuat naik gambar berkenaan, pelakon yang dipercayai sebagai Daler itu sedang melakukan solat sunat tahiyatul masjid.

“Pelakon utama ini solat sunat tahiyatul masjid terlebih dahulu sebelum memulakan panggambaran.

“Artis juga tahu adab masjid. Alhamdulillah. Nama dirahsiakan,” tulisnya di laman Instagram.

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen menyatakan pelakon tersebut ialah Daler Yusuf.

Jika dilihat di Instagram Daler, dia kini sememangnya sedang terlibat dalam satu pengambaran drama yang bertajuk Nota Buat Cempaka, bergandingan dengan Eyka Farhana.

Pemuda yang berasal dari Uzbekistan ini memegang watak sebagai Dr. Luqman Harith yang juga teraju utama bagi drama tersebut.

Kenyataan itu menguatkan lagi telahan netizen yang mengatakan pelakon yang di dalam gambar itu sememangnya Daler.

Pada masa yang sama gambar itu dimuat naik oleh PU Rahmat di Instagram, Daler secara kebetulan turut memuat naik video pendek menerusi aplikasi InstaStory di Instagramnya.

Dalam video tersebut menunjukkan Daler yang sedang berbaju Melayu hijau dan bersongkok sedang bersiap sedia dengan beberapa krew untuk memulakan pengambaran.

Rata-rata netizen berpendapat apa yang dilakukan Daler ini wajar dicontohi kerana dalam kesibukannya bekerja, perkara sunat tidak dilupakannya. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: Daler YusufPU Rahmat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dibogelkan 3 Kali – PU Rahmat Dedah ‘Ketakutan Melampau’ Israel

Dibogelkan 3 Kali – PU Rahmat Dedah ‘Ketakutan Melampau’ Israel

06/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Lima sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) mendedahkan detik hitam ketika berada dalam tahanan...

Tegur Cara Kasar, Lucah, PU Rahmat Disound Di Twitter

24/08/2017
0

SEMENJAK berlangsungnya Sukan SEA 2017 ini, banyak perkara yang berlaku daripada isu bendera sehingga penangan ketampanan Putera Mateen sebagai peserta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd