• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuma 4 Daripada 12 PBT Di Selangor Tandatangan IBR

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Hanya empat  pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) setakat ini.

Demikian kata Pengarah SPRM Selangor Datuk Wan Ramli Wan Abdullah yang menamakan PBT berkenaan ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Selayang.

“Baki lapan lagi PBT diharap dapat melakukan ikrar berkenaan sebelum hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis IBR Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, di sini hari ini.

Pada majlis itu, kira-kira 50 kakitangan JAS Selangor diketuai Pengarahnya, Siti Zaleha Ibrahim melaksanakan IBR dengan disaksikan oleh Wan Ramli.

Wan Ramli berkata SPRM Selangor berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh agensi-agensi kerajaan di bawah kerajaan negeri Selangor dalam melaksanakan IBR setakat ini.

”Agensi kerajaan negeri Selangor merupakan antara bilangan tertinggi yang menandatangani IBR berbanding dengan negeri-negeri lain,” katanya.

IBR merupakan inisiatif baharu SPRM yang menggalakkan kepimpinan organisasi atau individu dengan secara sukarela menandatangani aku janji dan ikrar integriti yang diharapkan dapat menjauhkan semua pihak berkenaan daripada perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.

SPRM juga berharap IBR menjadi bukti bahawa organisasi itu telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mencegah rasuah. – BERNAMA

Tags: Datuk Wan Ramli Wan AbdullahIBRSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd