• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CGC Dapat Hak Menamakan Stesen LRT

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Credit Guarantee Corp Malaysia Bhd (CGC) memulakan eksesais penjenamaan semula besar-besaran dengan hak menamakan transit aliran ringan (LRT) yang akan menjangkau lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak berkata, ini adalah sebahagian eksesais lima tahun penjenamaan semula syarikat itu untuk menjadi nama sebutan ramai PKS menjelang 2020.

Inisiatif itu termasuk mendapatkan hak penamaan untuk stesen LRT di Glenmarie, mewujudkan video kisah kejayaan usahawan dengan CGC serta penajaan acara, katanya.

“Daripada semua inisiatif terlibat, kami percaya penamaan semula stesen LRT kepada CGC-Glenmarie akan memberi kesan lebih besar ke atas eksesais penjenamaan semula berikutan lokasi dan aksesibiliti kepada PKS,” katanya kepada pemberita selepas penjenamaan semula stesen CGC-Glenmarie di sini hari ini oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong.

Mohd Zamree berkata, CGC telah memperoleh hak penamaan tiga tahun serta lanjutan dua tahun untuk stesen CGC-Glenmarie, iaitu stesen keempat di bawah program hak penamaan stesen LRT oleh Prasarana Malaysia Bhd.

Menurutnya, laluan Kelana Jaya yang mempunyai 37 stesen, memperoleh purata penumpang antara 254 dan 854 sehari.

Satu kajian yang dijalankan Prasarana Integrated Development Sdn Bhd menunjukkan iklan dalam kereta api serta stesen sekitarnya boleh menjana kira-kira 62 peratus ingatan jenama, katanya.

Beliau berkata, stesen itu yang terletak kira-kira 100 meter dari ibu pejabat CGC juga mempunyai kira-kira 80,000 PKS beroperasi di sekitarnya.

“Terdapat kira-kira 600,000 PKS di Malaysia di mana kira-kira 200,000 beroperasi di Lembah Klang.

“Ketika CGC maju ke depan untuk menjadi juara PKS di neara ini, kami akan terus melabur dengan banyak dalam aktiviti penjenamaan dan promosi, yang akan membawa manfaat besar kepada CGC,” katanya.

Mengenai sasaran tahun ini untuk menawarkan 9,500 jaminan bernilai RM4.7 bilion, beliau berkata, CGC kini 60 peratus untuk mencapai sasar berkenaan dan agak yakin akan mencapainya menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Pengerusi CGC, Datuk Agil Natt berkata, sejak ditubuhkan pada 1972, syarikat itu telah menyediakan jaminan berjumlah RM63.7 bilion kepada kira-kira 444,700 PKS.

Setakat 31 Julai 2017, CGC telah meluluskan 3,731 jaminan bernilai RM1.6 bilion tahun ini.

Menurut beliau, sejak 45 tahun lepas, CGC telah menguruskan kira-kira 45 skim jaminan kredit, di mana 16 disokong kerajaan.

“Syarikat akan terus memberi tumpuan dalam memberi pembiayaan kepada PKS berkelayakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Zamree Mohd IshakStesen LRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

CGC Peroleh Hak Penamaan Stesen LRT Glenmarie

30/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Penyedia perkhidmatan pengangkutan awam, Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) menamakan semula stesen transit aliran ringan (LRT) Glenmarie sebagai...

Jejantas Stesen LRT Bandaraya – Wisma Bumiraya Dibuka

21/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Jejantas berbumbung antara stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya dan Wisma Bumiraya di Jalan Raja Laut di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd