• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jejantas Stesen LRT Bandaraya – Wisma Bumiraya Dibuka

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jejantas berbumbung antara stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya dan Wisma Bumiraya di Jalan Raja Laut di sini, dibuka sepenuhnya kepada orang awam bermula hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata projek bernilai RM7.2 juta itu disediakan bagi memberi kemudahan dan menjamin keselamatan pejalan kaki khususnya yang menggunakan kemudahan LRT Bandaraya.

“Pejalan kaki kini boleh berjalan dengan selamat tanpa membahayakan nyawa mereka melintas jalan dan saya harap ia digunakan dengan sebaiknya,” katanya ketika merasmikan pembukaan jejantas itu di sini hari ini.

Beliau berkata jejantas sepanjang 200 meter yang dicat dengan warna pelangi itu turut dilengkapi kemudahan eskalator dan kamera litar tertutup (CCTV).

Sementara itu, Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Mohd Najib Mohd berkata satu lagi projek jejantas yang menghubungkan Hospital Kuala Lumpur dan Jalan Pahang dijangka siap awal bulan depan.

“Jejantas sepanjang 80 meter itu melibatkan kos RM5 juta. Pengguna di kawasan tersebut rata-ratanya adalah pesakit, jadi kami sediakan kemudahan yang lengkap seperti lif,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorJEJANTASStesen LRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rasuk Jejantas Merekah Diturunkan – JKR

12/01/2022
0

SHAH ALAM : Kerja-kerja menurunkan rasuk jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di Seksyen 484.6 Laluan Persekutuan 5 (FR005) berhadapan...

Gesa Pihak Bertanggungjawab Segera Baiki Keretakan Jejantas Di Depan HRPB

20/12/2018
0

IPOH - Kerajaan negeri menggesa pihak yang bertanggungjawab segera membaiki semula keretakan struktur jejantas berhadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd