• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Belajar Guna Peranti Sepanjang Masa Di Sekolah

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT KAYU HITAM – Kebenaran bawa alat peranti ke sekolah awal tahun depan hanya sebagai tambahan untuk buat rujukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara interaktif dan bukannya belajar menggunakan alat itu sepanjang masa.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata proses P&P di dalam kelas tetap berlangsung seperti biasa dan penggunaan peranti itu juga mungkin dibenarkan pada waktu tertentu.

“Bukan digunakan dari 7.45 pagi hingga 2 (petang). Mungkin dua jam tetapi kita tidak putuskan lagi (sama ada) dua jam atau tiga jam waktu yang dibolehkan menggunakan alat peranti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jambori Pengakap Negeri Kedah kali ke-5 dan Persaudaraan Antarabangsa 2017 yang dihadiri lebih 4,000 peserta termasuk dari Thailand dan Indonesia dekat sini malam tadi.

Beliau berkata pendekatan murid serta pelajar sekolah membawa alat peranti itu sudah lama dilaksanakan di sekolah berasrama penuh dan berprestasi tinggi serta di sekolah antarabangsa mahupun swasta.

Selasa lepas, ketika mengumumkan kebenaran itu sejajar dengan gelombang teknologi dunia, Mahdzir berkata pihaknya sedang merangka peraturan serta pekeliling bagi menetapkan penggunaan serta alat peranti yang dibenarkan dibawa ke sekolah.

Katanya pada masa ini hanya tablet dibenarkan dan pelajar dilarang membawa telefon bimbit kerana dilihat mampu mengganggu dan menjejaskan tumpuan pelajar di dalam kelas. – BERNAMA

Tags: pelajarperanti pintar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd