• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bidaan Nombor Pendaftaran RR Catat Sejarah

oleh AK-47
15/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBANYAK RM12.2 juta diraih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menerusi bidaan nombor pendaftaran kenderaan ‘RR’ sekali gus kutipan tertinggi dalam sejarah 42 tahun agensi itu.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Mohd Tarmizi Ghazali berkata, nombor pendaftaran RR2 sehingga RR10 yang juga dikenali sebagai ‘Nombor Emas’ berjaya mengumpul RM2.6 juta.

Tarmizi berkata, sebanyak 7,969 tawaran diterima untuk RR sejak tender dibuka dari 5 hingga 19 Jun lalu, namun hanya 2,253 berjaya.

“Bagi ‘nombor menarik’ kita menjual 5,722 nombor dalam tempoh kurang daripada dua minggu dan hanya berbaki 2,024 nombor.

Baca: Agong Pembida Tertinggi Plat Baharu Perlis RR6

“Nombor pendaftaran kenderaan RR dijual dengan jumlah purata 440 dijual setiap hari melalui portal rasmi jabatan dan kaunter di seluruh negara.

“Nombor ini menjana hampir dua kali ganda nombor pendaftaran RM yang menerima jumlah kutipan tertinggi sebanyak RM7.1 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nombor pendaftaran RR1 dikhaskan untuk Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Golongan diraja lain yang membida untuk nombor pendaftaran RR ialah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang memenangi dua nombor iaitu RR6 dan RR9 dengan jumlah tawaran berjumlah RM856,780.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah turut memenangi tawaran RR11 bernilai RM268,400. – Harian Metro

Tags: JPJno plat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd