• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Berlakon Kena Real” – Wak Doyok Sedia Jadi Pelakon

oleh
20/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKIN lama makin terasa kehangatan filem Abang Long Fadhil 2 yang bakal menemui peminat filem tanah air pada 24 Ogos ini. Barisan pelakon pun bukan calang-calang juga.

Bagi filem ini, ramai penambahan pelakon seperti Wak Doyok, Tania Hudson, Achey Bocey, AC Mizal, A. Galak dan ramai lagi pelakon hebat.

Kini, Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd. Azwan Md Nor, 37, dikatakan telah bersedia untuk dipanggil untuk berlakon dalam mana-mana drama atu filem. Jangan ingat Wak Doyok ni tahu berfesyen je, Wak pun boleh berlakon tau.

Kata Wak, ketika pengambaraan dijalankan, dia mengaku yang dia ada menumbuk Zizan sehingga hidung selebriti itu berdarah! Power Wak ni, teruk ditumbuknya betul-betul.

Menurut Wak lagi, dia bukan setakat menumbuk Zizan sampai berdarah, malah dia juga telah senak akibat dipukul dengan tongkat oleh pelakon veteran, A. Galak. Dapat cash terus tu Wak!

Maklumlah, kalau dilihatkan keseluruhan babak aksi filem Abang long Fadhil 2 ni, semuanya nampak real. Jadi sebab tu lah setiap pelakon perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam mejayakan watak masing-masing.

“Syafiq selaku pengarah ada minta saya buat aksi menumbuk Zizan. Tapi mula-mula ambil jarak jauh sikit, lama-lama bila dah dekat, tu yang sampai berdarah hidung Zizan tu.

“Untuk babak bergaduh dengan A. Galak, saya pula yang kena pukul. Umur je 78 tahun, tapi dia punya kudrat mengalahkan orang muda umur 38 tahun!

“Senak juga lah perut bila kena pukul dengan tongkat tu,” kata Wak Doyok selepas ditemui oleh pihak Media Hiburan selepas tayangan perdana filem itu baru-baru ini.

Tambah Wak lagi, dia menggangap semua itu sebagai pengalaman yang berharga buatnya yang baru nak menjinakkan diri dalam dunia lakonan.

Wak juga tak terlepas untuk turut berkongsi tentang ilmu fesyen dengan semua pelakon dan krew produksi.

“Saya nak mereka semua nampak smart dan natural. Contoh kalau tie terbuka, saya suruh mereka biarkan sahaja. Yelah, filem ni kan nampak macam filem international. Jadi kita kenalah pakai sama level dengan international,” kata Wak lagi.

Jadi, kalau anda semua nak kata Wak tu tak pandai berlakon, fikir-fikir dulu. Anda kena tengok filem ni kalau nak tahu Wak ni pandai belakon atau setakat obses dengan fesyen je.

Mungkin lepas ni Wak bakal jadi hero ke? ‘Jangan bilang abang tak payung’. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: abang long afdhil 2WAK DOYOK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempa Bumi Kuat Landa Kepulauan Fiji Pagi Ini

Next Post

Aliff Syukri Amuk Di Vietnam, Design Tudung Kena Ciplak

Related Posts

Wak Doyok Didakwa Guna Lambang Sultan Johor

06/05/2020
0

PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menggunakan lambang kemahkotaan Sultan...

Wak Doyok Dipanggil Polis

30/04/2020
0

PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dekat sini, hari...

Next Post

Aliff Syukri Amuk Di Vietnam, Design Tudung Kena Ciplak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd