• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliff Syukri Amuk Di Vietnam, Design Tudung Kena Ciplak

oleh
20/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKARANG ni ramai usahawan yang dah berjaya bila menjalankan perniagaan pakaian atau barangan Muslimah. Tak kira lah jual tudung ke, baju ke ataupun seluar… Apa sahaja, pasti akan dapat tarik minat ramai orang.

Tapi lain pula yang jadi pada usahawan kosmetik Terlajak Laris, Dato Aliff Syukri apabila rekaan tudungnya diciplak oleh individu yang tak bertanggungjawab di sebuah kedai tudung di Vietnam.

Semalam, Aliff ada memuat naik satu video ketika dia berada di satu gudang kain di Vietnam yang mana beliau mendapati salah satu design tudung yang diberi nama Koleksi Premium Satin Silk diciplak!

😤😤 . . apa perasaan korang bila dah kerja penat2 utk menghasilkan jenama tudung @aliff_syukri @aliff_syukri lps tuu senang2 jeee curi desgn aku dan print beratus ribu dan buat duit kaya raya??? . . Mcmana lah bisnes baru saya ni nak maju kalau design saya kena curi? Penat saya pagi petang siang malam nak bangunkn brand @aliff_syukri saya ni tapi akhirnya ditiru diciplak jadi banyak warna! . Ini design saya bulan Januari, skrg baru diorg start nk tiru.. Ni la org yg nak kaya cepat, darah saya pun dia nak dihisap. . .ill post the ory desgn dan pic kejap nanti tudung yg sy buat..100pratus sama..cuma bebeza kualiti kain..😘😰 #suportprodukori #takmainAA

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Aug 17, 2017 at 10:11pm PDT

Dan yang lebih teruk lagi, apabila asalnya tudung itu sepatutnya menjadi design Aliff, tapi ianya telah ditukar jenama kepada Naelofar Hijab. Seolah-olah ianya merupakan keluaran oleh Neelofa dan bukannya Aliff Syukri.

Mana tak mengamuk Abang Terlajak Laris ni. Penat-penat beliau dan pereka tudung berhempas pulas idea untuk design tudung, senang- senang sahaja nak diciplak. Siapa yang tak marah kan.

Aliff juga mengatakan bahawa tudungnya dijual dengan harga RM99 tetapi ianya boleh didapati dengan cuma berharga RM30 di sana. Berapa dah dia rugi dekat situ.

Orang tu bukan main susah payah keluar modal beratus ribu. Dah la kena ciplak, ditukar nama designer pulak. Aduhh Dato… Satu-satu dugaan yang menimpanya sejak kebelakangan ni.

SAYA PASRAH😰😰 . . Macam ni lah. Ramai yg kondem dan hentam saya pasal tudung jenama @aliff_syukri.. tapi mereka tak tahu apa yg saya rasa. Saya tahu dan sedar kalau LV pun org tiru tapi video saya ni just nak bagitau kat semua org, industri fesyen muslimah kita skrg ni mmg tgh sakit sebab masing2 menyokong barang tiruan…sblum ni byk jenama lain mereka tiru tp tiada tindakan..skrg saya punya jenama pulak kena😰😰 dah lah naik bisnes separuh mati org senang2 je ciplak😰😰 . Takpelah, saya akan kuatkan semangat peduli apa org kata, yelah senang kena hina, susah org kata padan muka. Dunia dunia.

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Aug 18, 2017 at 2:03am PDT

Di awal video itupun beliau dah nyatakan bahawa tujuan kunjungannya ke Vietnam bukan untuk urusan kerja atau bercuti, tapi ianya adalah semata-mata untuk buat siasatan tentang jenamanya yang diciplak. Patutlah steady je pakai ‘pagoda’ t-shirt putih.

Pada sekitar tahun 2015 yang lalu, Neelofa juga dikatakan telah mengambil tindakan terhadap sesetengah individu yang menyalah gunakan jenamanya dan menciplak serta menjual tudung keluaran Naelofar Hijab dengan harga yang lebih murah.

Memang lah kata orang, adat berniaga. Tapi perkara seperti ini memang tak patut berlaku. Setiap peniaga yang mengeluarkan jenama sendiri, mesti ada membuat pendaftaran perniagaan di bawah KPDNKK. Jadi mereka berhak untuk mengambil tindakan jika jenama mereka disalah gunakan.

Jadi untuk anda semua, kalau nak beli barang tu pastikan yang original. Kalau rasa tak mampu nak pakai yang ori, tak apa lah. Kita beli ikut keperluan, bukan ikut kemahuan.

Tapi kalau anda tengok balik muka jurujual dalam video Dato Aliff tu, muka dia macam tak puas hati je kan. Tah tah dia faham kot apa yang Aliff Syukri cakap tu? Sebab tu buat muka tak puas hati sambil cekak pinggang cik kak tu. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Dato' Aliff Syukriterlajak laris
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Restoran Milik Aliff Syukri Diserbu Pihak Berkuasa

16/03/2018
0

RESTORAN milik pengasas produk D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Romah Makan Terlajak Laris yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor telah diserbu...

Aliff Syukri Mohon Maaf Isu Ganggu ‘Periuk Nasi’ Orang

25/02/2018
0

SEBUT sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri, pastinya kita semua kenal dengan jutawan kosmetik yang sering menjadi perhatian ini kan?...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd