• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bauksit: Tindakan Tegas SPRM Dialu-alukan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengalu-alukan tindakan tegas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menahan beberapa individu yang disyaki menerima rasuah bagi melindungi kegiatan perlombongan bauksit secara haram di sekitar Pahang.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berdasarkan maklumat yang diterima kebanyakan yang ditahan adalah kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri tersebut.

Bagaimanapun, katanya, terdapat fakta-fakta tertentu yang tidak boleh didedahkan memandangkan kes itu kini dalam siasatan pihak SPRM.

“Saya belum berbincang dengan SPRM dan badan itu juga tidak ada melapor lagi kepada saya namun di pihak kementerian saya sentiasa menyokong serta sedia bekerjasama dalam membanteras kegiatan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang lagi kakitangan PTG Pahang yang direman di Mahkamah Majistret hari ini selepas suspek berusia 33 tahun itu ditahan SPRM negeri malam tadi.

Minggu lalu, seramai 10 individu ditahan termasuk seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas disyaki menerima rasuah dalam kes tersebut.

Wan Junaidi dalam pada itu berkata, kementeriannya telah diberi kuasa untuk melihat penguatkuasaan berhubung isu bauksit menerusi PTG dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) diikuti penglibatan agensi kerajaan pusat dan negeri lain. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd