Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

PRU14: Perlu Fokus, Pastikan...

KUALA LUMPUR - Setiap anggota UMNO perlu memberikan fokus dalam memastikan UMNO dan...

Mesir Dedah Penemuan Terbesar...

LUXOR - Mesir mendedahkan 30 buah keranda kuno yang berisi mumia, merupakan pertemuan...

Gambar Rakun Tunggang Sang...

SEJAK kebelakangan ini banyak gambar haiwan yang 'menunggang' haiwan lain telah menjadi sensasi...

Bantuan RM15.75 Juta Kepada...

Kerajaan meluluskan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh...

Baru 15 Tahun Tapi Dah Ada Ferrari Edisi Terhad

DI kala rakan-rakan sebaya mendapat hadiah seperti minyak wangi, baju berjenama dan konsol PS4, remaja berusia 15 tahun dari Dubai ini menerima hadiah sebuah kereta Ferrari model F12 Berlinetta daripada kedua ibu bapanya.

Namun begitu, Rashed Saif Belhasa masih perlu menunggu sehingga tiga tahun lagi sebelum dapat memandu sendiri kenderaan mewah miliknya itu; ini kerana had umur memandu di Dubai ialah 18 tahun.

Yang menariknya, Ferrari edisi terhad itu telah diubahsuai oleh ibu bapanya dengan meletakkan logo jenama fesyen terkemuka dunia, Louis Vuitton.

The real king of supreme ❤️🔑🙏🏽#supreme#louisvuitton#hypebeast#complex#nicekicks#sneakercon#mydubai#ferrari#highsnobiety

A post shared by Rashed Belhasa Aka-Money Kicks (@rsbelhasa) on

Selain memperolehi hadiah serba mewah itu, Rashed turut menerima satu lagi kejutan daripada ibu bapanya apabila dia berpeluang makan malam bersama bintang tinju idolanya dari Britain, Amir Khan.


Rashed yang turut mempunyai akaun laman YouTube itu sering kali memaparkan kemewahan yang dimilikinya menerusi laman perkongsian video tersebut.

Tak hairanlah Rashed mampu bergaya sakan dan mewah tak padan dengan usianya yang baharu menginjak 15 tahun, ini kerana bapanya, Said Ahmed Belhasa merupakan bilionaire pemaju hartanah terkenal di negara timur tengah itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori