• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atasi Diabetes, Kempen ‘Suku Suku Separuh’ Disambut Baik

oleh AK-47
07/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu kempen kesedaran tentang pemakanan sihat yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia telah dirasmikan oleh menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa petang tadi.

Kempen ‘Suku Suku Separuh’ sebagai satu mesej pengukuhan budaya pemakanan sihat yang menerangkan Konsep Pinggan Sihat Malaysia.

‘Suku Suku Separuh’ membawa maksud suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mee, roti dan bijirin, suku lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam dan daging manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ketika ditemui, Subramaniam menyifatkan kempen ini sebagai kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya mengamalkan pengambilan makanan sihat setiap hari kerana kadar obesiti semakin meningkat ke 17% dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurut beliau, daripada kajian yang dibuat oleh kementerian, didapati rakyat Malaysia tidak mengamalkan diet yang betul dalam pemakanan harian dan pengambilan sayur sangat kurang.

Mengulas mengenai kempen ini, Subramaniam turut menyeru supaya semua pihak termasuk usahawan-usahawan kedai makan mahupun restoran sama-sama menjual dan menghidangkan lauk-pauk yang rendah kalori.

Katanya lagi, ini bagi membolehkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, jantung dan darah tinggi dapat dikurangkan.

“Apa yang boleh dilakukan oleh restoran-restoran dan kedai makan di luar sana ialah mereka seharusnya menyediakan dan menjual pilihan makanan yang sihat,” ujarnya.

Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamSuku Suku Separuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kekasih Afifah Sangkal Gelaran ‘Dayus’ Netizen

Next Post

KPDNKK Terengganu Sita Mesin Milik Syarikat Tanpa Lesen

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

Next Post

KPDNKK Terengganu Sita Mesin Milik Syarikat Tanpa Lesen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd