• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Lancar Portal, Perkembangan Jemaah Haji

oleh
29/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI umat Islam yang taat pada perintah dan suruhan, menunaikan haji adalah merupakan salah satu cita-cita terbesar yang ingin dicapai.

Ibadah haji merupakan satu ibadah yang wajib dan perkara yang disebut dalam rukun Islam. Pada tahun ini, lebih daripada 1.5 juta jemaah haji telah selamat tiba di Arab Saudi.

Selebihnya, kira-kira 500,000 lagi jemaah dijangka tiba bagi melaksanakan rukun tersebut yang akan bermula pada 30 Ogos hingga 4 September ini.

Bagi mendapatkan maklumat dan juga perkembangan haji pada tahun ini, Kementerian Kebudayaan dan Maklumat (MOCI) Arab Saudi telah melancarkan dua platform digital iaitu SaudiWelcomesTheWorld.org dan www.Hajj2017.org.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh kementerian tersebut, SaudiWelcomesTheWorld.org merupakan platform bagi menyampaikan mesej kasih sayang serta perpaduan kepada umat Islam di seluruh dunia.

Selain itu, portal ini berkongsi pelbagai kisah menarik jemaah haji yang datang daripada pelbagai latar belakang dalam menyempurnakan ibadah wajib ini.

Bukan itu sahaja, malah ia juga membolehkan para jemaah untuk berkongsi tentang perjalanan dan pengalaman yang mereka alami sendiri kepada umum.

Secara tidak langsung keadaan ini akan membuka ruang yang luas kepada dunia mempelajari dan mengetahui nilai-nilai murni agama islam.

Portal ilmu ini juga adalah bagi melengkapi dan memberi nilai tambah kepada portal media, www.Hajj2017.org

Melalui portal media ini, para wartawan turut boleh mengakses dan memuat turun bahan-bahan media seperti gambar, infografik dan juga siaran akhbar yang berkaitan dengan haji.

Mudah kan? Apa lagi, jom akses www.Hajj2017.org dan SaudiWelcomesTheWorld.org sekarang. Segalanya kini dihujung jari anda! – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: haji 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Wajib Pakai Gelang Khas Arab Saudi

16/08/2017
0

MAKKAH – Jemaah haji Malaysia diwajibkan untuk sentiasa memakai gelang pengenalan diri baharu yang diperkenalkan Kementerian Haji dan Umrah Arab...

“Bukan Senang Datang Ke Sini Sebagai Tetamu Allah”

14/08/2017
0

MAKKAH – Kali pertama menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah adalah pada 2004 semasa mengerjakan umrah, dan ketika itu Suzila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd