• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji Wajib Pakai Gelang Khas Arab Saudi

oleh AK-47
16/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Jemaah haji Malaysia diwajibkan untuk sentiasa memakai gelang pengenalan diri baharu yang diperkenalkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi mengelak berdepan masalah dalam melaksanakan ibadah haji.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pemakaian gelang plastik berkualiti tinggi itu adalah langkah tambahan pihak berkuasa Arab Saudi dalam memastikan keselamatan hampir dua juta jemaah dari seluruh dunia yang akan mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

Justeru, katanya pihak Tabung Haji akan mengedarkan gelang berkenaan kepada jemaah haji Malaysia, dan perlu dipakai berikutan langkah pihak berkuasa negara itu dalam meningkatkan aspek keselamatan dengan membuat pemeriksaan dan semakan di tempat awam termasuk di Masjidil Haram.

“Gelang baharu ini diselaraskan dalam sistem e-hajj Arab Saudi dan ia ciri keselamatan baharu diperkenalkan​​​​​ tahun ini. Gelang berkenaan akan mempunyai kod respons pantas unik (QR Code) yang mengandungi butiran maklumat jemaah haji,” katanya pada taklimat kepada media di sini, Selasa.

Sebelum ini, jemaah haji Malaysia sudah dibekalkan dengan gelang serta tali penyandang lencana pengenalan diri oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum berangkat ke Tanah Suci ini.
​​​​​​​
Syed Saleh berkata gelang baharu itu, yang dipakai seluruh jemaah haji dari seluruh dunia, akan memudahkan pihak berkuasa Arab Saudi untuk mengenal pasti dan memastikan hanya jemaah yang sah semasa operasi Masyair ketika jemaah haji bergerak ke Arafah, Muzdalifah dan Mina.

“Gelang ini untuk memastikan tiada orang tidak diingini berada di kawasan peribadatan haji. Jadi, saya menasihati jemaah haji Malaysia supaya sentiasa memakai tag pengenalan diri dan gelang ini. Jika tidak memakainya, akan mengambil sedikit masa bagi pihak berkuasa untuk mengesahkan status mereka,” katanya.

Menurut portal Saudi Gazette, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Muhammad Saleh Bantan dilaporkan berkata 138,000 petugas telah ditempatkan di pelbagai bahagian pihak berkuasa untuk membantu memberi perkhidmatan kepada jemaah haji tahun ini.

Setakat 14 Ogos, seramai 570,568 jemaah haji telah tiba di Arab Saudi termasuk 564,239 jemaah yang menggunakan pe­ngangkutan udara, 5,849 menggunakan pengangkutan darat dan 480 jemaah tiba me­lalui pengangkutan laut.

Dalam pada itu, Syed Saleh mengingatkan jemaah haji Malaysia supaya tidak terpengaruh atau menyertai mereka yang menghadiri perhimpunan atau perarakan yang tidak ada kaitan dengan ibadah haji.

​​​​​​​​​​”Jemaah haji Malaysia harus mengelak perkara-perkara ini yang mungkin boleh mengancam keselamatan mereka. Jangan pergi berdekatan atau ambil tahu kenapa mereka berkumpul sebaliknya jemaah perlu terus tumpu laksanakan ibadah,” katanya.

Sementara itu, Syed Saleh berkata setakat ini 70 peratus daripada keseluruhan 30,200 jemaah Malaysia bagi musim haji 1438 Hijrah, sudah berada di Tanah Suci, dengan 1,783 masih di Madinah manakala selebihnya di Makkah.

Sehingga kini 80 penerbangan sudah membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci, dan baki 32 penerbangan lagi akan tiba di kota suci ini secara berperingkat sehingga 26 Ogos, katanya.

Pada 18 Ogos ini, beliau berkata tiada lagi jemaah haji Malaysia di Madinah, dan kesemua mereka dan operasi musim haji akan bertumpu di Makkah. – BERNAMA

Tags: Arab Saudihaji 2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd