• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Sita Penyu, Ikan Yu, Tahan 18 Nelayan Asing

oleh AK-47
11/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas seekor penyu dan 40 kilogram (kg) ikan yu daripada sekumpulan nelayan asing dalam dua tangkapan berasingan di perairan Kuala Terengganu Rabu lepas.

Pengarah Maritim Terengganu Kapten Maritim Rahim Ramli berkata dalam tangkapan pertama kira-kira pukul 8.50 pagi, pihaknya menahan lima nelayan Vietnam ketika sedang leka menangkap ikan pada kedudukan 66 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang daripada nelayan terbabit masih di bawah umur dan kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Siasatan lanjut ke atas bot itu juga kami menemukan 40kg ikan yu serta 5,000 liter minyak diesel,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Rahim berkata sekitar pukul 10.30 pagi hari yang sama, pihaknya turut menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dikendalikan nelayan Vietnam kira-kira 63 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Katanya pemeriksaan ke atas bot yang dikendalikan sembilan nelayan asing itu menjumpai seekor bangkai penyu dipercayai spesies agar seberat 50kg dan 350kg pelbagai jenis ikan di dalam peti simpanan ikan.

Beliau tidak menolak kemungkinan penyu itu untuk dipasarkan di negara jiran seperti Vietnam kerana mungkin nilainya lebih tinggi.

“Ini merupakan kes pertama membabitkan penyu dan kita memandang serius perkara ini kerana hidupan tersebut adalah spesies dilindungi,” katanya.

Sementara itu, kira-kira pukul 8 malam tadi, empat lagi nelayan Vietnam ditahan pada jarak 40 batu nautika dari Kuala Terengganu dan pemeriksaan ke atas bot kargo yang dinaiki mereka menemukan dua bidang pukat dan tali tunda.

Rahim berkata kesemua 18 nelayan asing berusia 16 hingga 50 tahun itu dibawa ke Jeti APMM Kuala Terengganu untuk siasatan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1956/63.

Hasil rampasan bot, peralatan dan hasil tangkapan ketiga-tiga bot terbabit dianggarkan RM2 juta, katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

24/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan 25 Mei ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul...

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd