• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Kaji Dakwa Nelayan Kongsi Hasil Nelayan Asing

oleh Ahmad Albab
30/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengkaji aspek perundangan bagi membolehkan pendakwaan dibuat terhadap nelayan tempatan yang mengejar keuntungan apabila sanggup berkongsi hasil tangkapan laut dengan nelayan asing di tengah laut.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Madya Datuk Mohd Taha Ibrahim berkata pihaknya telah beberapa kali menangkap nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti itu namun sukar membuat pendakwaan kerana berlaku di luar perairan Malaysia.

“Isu akan ditangani (secepat mungkin) dan kita akan lihat sudut perundangan untuk menuduh mereka yang terlibat,” katanya kepada pemberita pada Program Pelupusan Vesel Lucut Hak Secara Bakar di Pejabat Daerah Maritim 10 Tok Bali di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah APMM Kelantan Kapten Nurul Hizam dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan Hamzah Mohamad.

Mohd Taha mengulas laporan akhbar berhubung berlakunya aktiviti perniagaan antara nelayan tempatan dan asing di luar perairan Malaysia.

Berhubung program itu, Mohd Taha berkata APMM melupuskan dua bot nelayan asing dengan cara membakarnya di kedudukan 7.9 batu nautika dari muara Tok Bali di sini.

Beliau berkata ia julung kali diadakan bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa kerajaan serius menangani isu pencerobohan nelayan asing di perairan negara.

“Pelupusan secara bakar ini diambil sebagai kaedah alternatif bagi membuktikan kerajaan amat peka dan serius menangani isu pencerobohan memandangkan sebelum ini terdapat viral menyatakan APMM tidak mengambil tindakan wajar terhadap isu itu,” katanya.

Menurutnya APMM telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk membakar bot berkenaan yang tidak memberi kesan kepada pencemaran laut. – BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd