• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Animasi Bilal: Arab Saudi Tayang Filem Pertama

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJARAH kemuliaan Bilal Bin Rabah sebagai sahabat kesayangan Rasulullah SAW mengubah realiti filem di Arab Saudi.

Setelah lapan dekad, Pemerintah Saudi, Raja Salman Bin Abdul Aziz merubah sejarah apabila mengizinkan filem animasi mengenai muazzin terkenal itu ditayangkan di negara Dua Kota Suci itu.

Menurut Pengurus Jabatan Media Arab Saudi, Nada Al Twajiri, skrin gergasi akan dipasang di Panggung Hakaya di pinggir Riyadh untuk tayangan penuh filem animasi itu pada 17 hingga 20 Ogos ini.

Sebelum ini, Kerajaan Arab Saudi hanya mengizinkan tayangan filem pendek bukan hiburan dengan permit terhad di lobi hotel atau kedutaan asing.

“Animasi Bilal akan jadi filem panjang pertama ditayangkan selama empat hari setiap 4.45 petang sepanjang tarikh tersebut,” kata Al Twajiri.

Pada Festival Filem di Jeddah bulan lalu, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian cawangan Riyadh menayangkan dua filem selama tujuh hari. Filem animasi komedi berjudul Troll dan filem animasi Robo-Dog.

Filem 3D Bilal diterbitkan Barajoun Entertainment hasilbkarya Ayman Jamal. Bilal diangkat sebagai wira kisah benar dalam sejarah Islam zaman Rasulullah. Filem ini mengambil masa tujuh tahun untuk disiapkan.

Bilal pertama kali ditayangkan pada Ogos 2015 di Pesta Filem Antarabangsa Dubai dan menerima respon positif di kalangan pengkriitk kandungan hiburan Islam. Malah, Bilal berjaya menjadi filem Box Office.

Selain itu, Bilal turut memenangi pelbagai anugerah temasuk Filem Aspirasi Animasi Terbaik di Festival Filem Cannes dan Filem Inovasi Terbaik di Anugerah Penyiaran Antarabangsa Timur Tengah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Animasi BilalFILEM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd