• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli UMNO Jangan Ikut Rentak Isu Sengaja Dilontar

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Anggota UMNO diminta tidak terikut-ikut dengan rentak bermacam isu yang dilontarkan oleh pihak tidak bertanggung jawab.

Naib Presiden, UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata isu-isu yang dilontarkan itu mungkin untuk melemahkan parti, melaga-lagakan pemimpin dan menimbulkan keraguan anggota parti terhadap pemimpin.

“Nasihat saya pada anggota UMNO jangan terikut-ikut dan menari mengikut rentak bermacam isu yang dilontarkan sekarang ini kerana ia mungkin sebahagian daripada ’psywar’ pihak tidak bertanggungjawab semata-mata untuk melagakan pemimpin kita dan melemahkan pemimpin kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang di sini hari ini.

Hishammuddin berkata paling penting sekarang ini seluruh anggota UMNO memperkuatkan parti dan teruskan dengan agenda memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum ke-14.

Ditanya mengenai cadangan PAS supaya kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat tragedi Mamali, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas, berkata cadangan itu mestilah ikhlas, bukannya atas tujuan politik dan boleh menghuru-harakan negara.

“Apa jua cadangan yang dilontarkan sekarang ini maklumlah dalam keadaan sekarang untuk hadapi pilihan raya umum, jangan sampai kita sorak tapi kampung kita tergadai, jangan kita cadang sesuatu tetapi tidak boleh dibendung, pecahkan masyarakat berbilang kaum dan agama, itu semua tidak berbaloi,” katanya.  – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd