• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alamak! Game Bosan Sampai Kantoi Tertidur

oleh
31/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI bang oih… Sampai tertidur ya tengok bola kat Stadium Shah Alam tu? Bosan sangat ke game final kelmarin?

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Mohd. Akmal ‘menangkap’ seorang pemuda yang tertidur ketika pelawanan bola sepak akhir Sukan SEA 2017 kelmarin.

Kantoi la pulak kan. Tersengguk-sengguk nampaknya bro tu. Tapi di akhir video kita boleh nampak yang bro tersebut ternampak pulak yang aksi tidurnya telah dirakam!

Tak tahulah apa reaksi dia kalau dia dapat tahu yang dia dah famous dekat Twitter sebab tertidur dekat stadium.

Bro, game tadi boring sangat ke? 😂 pic.twitter.com/VcWbs9nh4c

— gehack (@MuhdAkmalx) August 29, 2017

Ada netizen yang komen katanya mungkin lelaki tersebut tertidur sebab penat beratur nak beli tiket perlawanan atau penat balik kerja terus pergi stadium. Game pun mula pukul 8:45 malam, dengan jalan sesak lagi tu.

Ada juga yang katakan yang lelaki tersebut menemani kekasih hatinya yang gila bola. Dan dia hanya duduk di tepi sambil layankan kerena si kekasih hati sampai tertidur!

Macam-macam lah netizen ni, ada je andaian yang buat diorang ni berfikir di luar kotak!

Tak terlepas, ada netizen yang komen kata bahawa kemungkinan kerana perlawanan jadi hambar tanpa kehadiran Ultras Malaya. Ye lah, Ultras tak dapat beli tiket, sampaikan mereka buat ‘Curva Off’.

Tapi, Ultras Malaya tetap menyokong skuad negara dari luar stadium. Namun sebenarnya bila semak bila video ni dimuat naik, iaitu pukul 8:35 pagi, 29 Ogos. Perlawanan Malaysia lawan Thailand ialah pada sebelah malam.

Atau mungkin video ni diambil ketika Harimau Muda lawan Garuda kot? Maklumlah, waktu tu kita dikejutkan dengan jaringan saat akhir oleh N. Thanabalan!

Macam-macam kerena orang Malaysia ni. Sempat juga Akmal record lelaki tu tertidur kan. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Tags: bola sepakSukan SEA 2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd