• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘AKU 1’ Catat Bidaan Tertinggi Lebih RM200,000

oleh Ahmad Albab
24/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Nombor plat kenderaan siri AKU 1 yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak hari ini menerima bidaan tertinggi, iaitu bernilai RM207,898.90.

Pengarahnya Mohd Zawawi Zakaria berkata bidaan nombor plat kenderaan siri itu (AKU 1) yang dikeluarkan sejak 3 Julai dan ditutup 18 Julai lalu mengatasi nombor popular seperti 8055, 1305 dan 805.

Beliau berkata bagi nombor plat kenderaan siri AKU 8055 yang menyerupai perkataan ‘AKU BOSS’ pula menerima nilai bidaan tertinggi berjumlah RM74,000.

JPJ Perak menerima 3,315 permohonan dan daripada jumlah itu sebanyak 239 permohonan ditolak kerana gagal mengikut syarat yang ditetapkan.

“Nombor terlaris siri AKU ialah AKU 1305 iaitu seramai 49 pembida, AKU 8055 (27), AKU 89 (23), AKU 69 (21), AKU 2121 (20), AKU 4212 (19) dan AKU 805 (18) pembida,” katanya pada sidang media di ibu pejabat JPJ Perak di sini.

Mohd Zawawi berkata jumlah kutipan keseluruhan nilai bidaan nombor plat kenderaan AKU ialah RM3.5 juta dan ia merupakan jumlah bidaan tertinggi yang direkodkan JPJ Perak setakat ini.

“Kebiasaannya permohonan tender nombor plat kenderaan yang direkodkan JPJ Perak adalah antara 500 hingga 600 penyertaan sahaja, tetapi bagi siri AKU permohonan bertambah enam kali ganda,” katanya.

Berdasarkan senarai pemilik nombor siri kenderaan pada papan kenyataan JPJ, pembida tertinggi nombor AKU 1 ialah Mohd Shah Rizad Mohammed Rashid manakala AKU 8055 pula milik Ch’ng De Wei. – BERNAMA

Tags: JPJno plat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd