• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Afifah: Anda Gadis Muda Berjiwa Besar

oleh AK-47
07/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AFIFAH Nasir, gadis paling dibenci dalam krisis rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah – kini wajar digelar Gadis Melayu Pertama – kerana kerendahan hatinya untuk memohon maaf.

Dalam riuh-rendah serta segala macam keserabutan kes Aliff-Bella – Afifah yang dispot sebagai antagonis berjaya mengubah haluan apabila bertindak dengan jiwa besar mengakui kesilapannya serta memahami isi hati Bella.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak, terutamanya kepada Bella kerana memberikan peluang untuk suaminya memegang tangan saya di sebuah pusat karaoke.

“Dalam kejadian itu, dia (Aliff) memegang tangan saya dan saya mengakui kesalahan saya sebab membenarkannya.

“Saya akui itu salah saya dan bagi saya, Bella tidak bersalah dalam hal ini kerana saya memahami keadaan dan situasi yang dilalui Bella pada ketika itu.

Perghhh. Inilah gadis kita. Apabila silap dengan rendah hati memohon maaf. Afifah masih muda – dia akan belajar asam-garam kehidupan. Namun, keberaniannya memohon maaf dalam kes ini membuktikan dia berjiwa besar.

Afifah membuat pengakuan setelah menyedari langkah Aliff dan Bella mengadakan sidang media bersama minggu lalu.

“Namun begitu, saya ingin mengambil kesempatan untuk menjernihkan keadaan setelah pihak sana memberikan penjelasan mereka berhubung kontroversi yang telah terjadi,” kata Afifah.

Kenyataan Afifah paling rasional. Terutama dalam keadaan campur tangan Presiden Seniman, Zed Zaidi dan artis Singapura, Nick Mikhail yang bertegang leher ala-ala mafia.

Dalam sidang media tersebut, Afifah ditemani oleh peguam, Sana Tufil Ahmad, kakaknya, Mia Nasir, kekasihnya, Wan Ariff Wan Azhar dan pelakon Alana Amir. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Afifah Nasir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Belajar Dari Kesilapan, Afifah Enggan Toleh Belakang

03/12/2017
0

PENGALAMAN pahit semestinya akan memberi impak yang besar kepada diri kita, lebih-lebih lagi jika perkara yang terjadi itu merupakan satu...

Aliff Aziz Minta Afifah Supaya Bercakap Benar

05/11/2017
0

SEKITAR Julai lalu, industri hiburan dikecohkan dengan kontroversi kecurangan pelakon Aliff Aziz dan pendatang baharu, Afifah Nasir bersama pasangan masing-masing....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd