• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

95 Usahawan IKS Terima Sumbangan Peladang

oleh Ahmad Albab
20/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Kerajaan tidak pernah meminggirkan usahawan di daerah ini sebaliknya kerajaan sentiasa memberi perhatian membangunkan usahawan di luar bandar antaranya melalui pemberian sumbangan dalam bentuk peralatan daripada Lembaga Pertubuhan Ladang.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Anggota Parlimen Tawau Datuk Mary Yap Kain Ching berkata sumbangan daripada kerajaan menerusi Peladang itu bertujuan meningkatkan produktiviti serta pendapatan usahawan terbabit.

“Seramai 95 usahawan aktif yang terpilih daripada 2,000 usahawan IKS di daerah ini untuk menerima sumbangan ini,” katanya ketika ditemui Bernama pada majlis penyerahan peralatan pertanian dan mesin pemprosesan IKS di sini.

Sementara itu pengusaha sos tembikai, Rahmah Manti, 42, berkata sumbangan berbentuk kelengkapan perniagaan seperti dapur gas yang diterimanya itu akan digunakan dalam menghasilkan sos tembikai sekali gus menjana pendapatan lebih tinggi.

“Sos tembikai perisa pedas dan manis ini mendapat permintaan baik daripada pelanggan sepanjang enam bulan pertama percubaan saya berniaga hingga ke hari ini,” katanya yang juga mengusahakan tanaman tembikai dan cuba menginovasikan lebihan tanamannya yang dijual itu dengan membuat sos tembikai.

“Saya pergi ke Institut Kemajuan dan Penyelidikan Malaysia (MARDI) untuk mendapatkan bantuan bagaimana untuk memasarkan produk dan memastikan sos tembikai ini tahan lama,” katanya yang turut mendapat bantuan periuk belanga dan mesin pengisar daripada Peladang.

Di samping itu, pengusaha trak makanan, Roslan Omar, 30, melahirkan rasa syukur dengan inisiatif kerajaan memberi bantuan kepada usahawan belia di luar bandar untuk memajukan diri dan pendapatan.

Beliau yang berniaga trak makanan hampir setahun itu turut menyarankan agar agensi kerajaan berkaitan mengeluarkan lebih banyak lesen perniagaan trak makanan di kawasan luar bandar seperti di Tawau dan daerah sekitar.

“Setakat ini masyarakat menerima baik perniagaan trak makanan ini,” katanya yang turut berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang makanan. – BERNAMA

Tags: sumbanganusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

25/05/2025
0

IPOH - Waris dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pada...

PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pelakon Nur Azifah

PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pelakon Nur Azifah

22/05/2024
1

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon Nur Azifah Zainon Abidin bagi membantu meringankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd