Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

KAFA Bakal Ditaja Syarikat...

KOTA BHARU - Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengesahkan berjaya menerima tajaan RM2 juta...

Kerajaan Belum Putuskan Pekeliling...

PUTRAJAYA - Kerajaan belum memutuskan untuk mengeluarkan pekeliling khusus berkaitan permainan Pokemon Go...

Covid-19 Bermutasi Jadi Lebih...

SAINTIS di negara China sedang mengkaji dengan dekat kemungkinan virus Covid-19 di negara...

Wartawan Mati Dibelasah Hanya...

Azerbaijan – Hanya kerana mengkritik seorang pemain bola sepak di dalam Facebook, seorang...

Banjir: 45 Orang Dipindah Ke PPS Di Tangkak

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir di Tangkak semakin meningkat apabila seramai 45 orang daripada 10 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 7 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata kesemua mereka membabitkan lima orang daripada dua keluarga di Kampung Seri Makmor dan 40 orang daripada lapan keluarga di Kampung Bukit Banjar.

“Kesemua mangsa dari Kampung Seri Makmor dipindahkan ke PPS Surau At Taqwa kampung berkenaan yang dibuka pada 11 pagi tadi.  “Kesemua mangsa dari Kampung Bukit Banjar pula dipindahkan ke PPS Sekolah Agama Bukit Banjar secara berperingkat sejak pusat itu dibuka 5 petang tadi,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Ayub berkata selain kedua-dua kampung tersebut, kawasan lain yang turut dilanda banjir di Tangkak adalah Kampung Anjung Batu, Kampung Solok dan Kampung Sri Jaya, namun tiada pusat pemindahan dibuka.

Beliau berkata banjir dilaporkan berlaku akibat limpahan Sungai Tangkak dan Sungai Kampung Belemang.


Katanya sehingga 7 malam tadi, hujan gerimis masih berlaku di beberapa kawasan di daerah itu.

Pemantauan berterusan oleh agensi terlibat termasuk polis, Jabatan Pertahanan Awam, bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah dan sebagainya sedang dilakukan, katanya. – BERNAMA

Kategori