• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Nelayan Hilang Selepas Bot Karam

oleh Ahmad Albab
03/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Empat nelayan dikhuatiri hilang manakala seorang dilaporkan selamat selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka karam dalam kejadian di Kuala Dungun, di sini, malam ini.

Insiden kira-kira 9.40 malam itu dipercayai berlaku selepas lima nelayan tersebut gagal memasuki muara sungai Kuala Dungun ekoran air cetek menyebabkan mereka menggunakan bot gentian kaca untuk kembali ke jeti.

Bagaimana pun bot yang dinaiki mereka dipukul ombak lalu terbalik.

Susulan kejadian itu seorang daripada mereka berjaya berenang dan menyelamatkan diri manakala empat lagi masih gagal dikesan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata sejurus menerima maklumat gerakan mencari dan menyelamat terus dijalankan.

“Kekuatan terdiri daripada 20 anggota dari Jabatan Polis, Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia terlibat dalam operasi terbabit.

“Identiti kesemua mangsa yang hilang belum dikenalpasti,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan hingga pagi esok ekoran cuaca gelap dan keadaan laut bergelora. – BERNAMA

Tags: bot karamNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd