• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

33 Ahli Geng 24 Apache Didakwa Di Klang

oleh AK-47
16/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seramai 33 anggota kumpulan kongsi gelap Geng 24 Apachee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang di sini hari ini atas pertuduhan membantu dan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang itu.

Kesemua tertuduh mengangguk faham semasa pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil dan Mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Suzana Hussin, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, 32 tertuduh berusia antara 23 hingga 44 tahun didakwa menjadi anggota kumpulan jenayah terancang Geng 24 Apachee bermula 1 Jan 2015 hingga hari ini di Klang.

Mereka ialah K. Parameswaran; V. Mohana Sunder; S.Vijayaraj; P. Vijay Lingam; K.Uvarajan; R. Thiyagarajan; G. Siva; M. Nagendran; G. Murali; P. Ravi; C.Velasamy; S. Bubalan; Tan Jian Bin; S. Puvaneswaran; M. Sugumaran; Mohammad Jamal Abdullah; R. Jigentan; M. Baskaran; K. Purusothman; R. Kartigeyan; K. Sritheran; P. Khrisna Raj dan R. Gajenaran yang didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Turut didakwa atas pertuduhan sama ialah L. Gunasegaran; A. Indra Kumar; B. Sivabalan; T. Mogan; A.Thangaraj; M. Mageswaran; M. Sarawanan; B. Chellappan Thibenntaj dan A. Surian.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh wanita, K. Ponmani, 35, didakwa atas kesalahan membantu kumpulan jenayah terancang dengan cara memberikan perkhidmatan kewangan untuk melanjutkan kepentingan kumpulan tersebut.

Kesalahan itu dilakukan di No: 53, Lorong Delima 4A, Bandar Parkland, Klang pada 1 Jan 2015 hingga 26 Julai 2017.

Dia didakwa di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun.

Suzana yang tidak menawarkan sebarang wang jaminan, menetapkan 14 Sept bagi sebutan semula kes berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam sementara semua tertuduh diwakili peguam Gerrard Lazarus, V. Rajagopal, Zaleha Al-Hayat dan S.K Pari.

Terdahulu, kira-kira 160 anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan kompleks mahkamah.
Anggota keluarga yang menunggu di galeri awam sejak pukul 9 pagi menangis teresak-esak apabila kesemua tertuduh dibawa masuk ke kandang tertuduh pada kira-kira 12.30 tengah hari.

Kesemua tertuduh sebelum ini ditahan selama 29 hari di bawah Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan dan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kumpulan kongsi gelap Geng 24 Apachee yang bergiat aktif di kawasan Klang dan beberapa kawasan lain di Selangor diburu selepas mereka didapati terlibat dalam aktiviti jenayah seperti bunuh, samun, culik, pengedaran dadah, memeras ugut di kawasan tapak projek pembinaan serta pusat-pusat hiburan.

Kumpulan penjenayah itu juga didapati cuba merekrut sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di Klang pada 20 April lalu dengan mengadakan acara memotong kek Geng Apachee 24 di perkarangan sekolah itu. – BERNAMA

Tags: GangsterKongsi Gelap
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

15/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Empat belas remaja, termasuk pelajar sekolah antara 61 individu ditahan dalam serbuan polis ke lokasi dipercayai tempat upacara...

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd