• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Enggan Komen Perbalahan Azmin-Guan Eng

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan diseret ke dalam perbalahan antara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai kewujudan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR).

Sebuah portal berita melaporkan Azmin sebagai berkata pada Rabu bahawa kerajaan Selangor diterajui PR masih wujud berikutan mandat yang diterimanya pada pilihan raya umum lepas, manakala Parti Amanah Negara (Amanah) adalah anggota gabungan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, pada Khamis, Guan Eng menyangkal kenyataan Azmin itu dengan berkata “Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi.”

Apabila diminta mengulas tentang perkara itu, Wan Azizah, yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), hanya berkata, memenangi pilihan raya umum akan datang adalah lebih penting bagi pembangkang ketika ini.

“Azmin yang komen, komen lah…paling penting bagi kami ialah memenangi pilihan raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Kerajaan Pulau Pinang di sini Sabtu.

PR dianggotai DAP, PAS dan PKR, sebelum dibubarkan pada Julai 2015 berikutan perbalahan antara PAS dan DAP.

Baru-baru ini, Majlis Syura PAS juga mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan politik dengan PKR, tetapi di Selangor, kedua-dua parti itu mengekalkan hubungan mereka bagi membolehkan tiga anggota dewan undangan negeri PAS terus menduduki kerusi exco hingga pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd