• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wabak Rabies Dipantau Supaya Tidak Menular

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengharamkan kemasukan kucing dan anjing dari Sarawak di samping melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan wabak penyakit anjing gila atau rabies tidak menular ke Semenanjung Malaysia.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata pihaknya telah melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan mengikut garis panduan antaranya pengukuhan aktiviti pemantauan kes gigitan dan promosi kesihatan.

Katanya pemantauan berterusan ini penting bagi melihat jika terdapat tanda-tanda dijangkiti memandangkan tiada pengesahan klinikal yang boleh dilakukan bagi mengenal pasti penyakit itu.

“Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) juga telah mengharamkan kemasukan dan import haiwan kesayangan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia pada Isnin lalu (3 Julai) bagi mengelakkan kemungkinan penyebaran wabak rabies.

“Jadi tidak timbul isu wabak ini merebak ke Semenanjung, kerana langkah pemantauan ini memang sering dilakukan kerana ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) kami. Keutamaan juga bukan sahaja diberikan di kawasan terjejas sahaja, malah seluruh negara,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Semalam, kerajaan negeri Sarawak mengisytiharkan lima kampung di Daerah Serian sebagai kawasan dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies dan mengeluarkan arahan agar semua anjing peliharaan di kawasan dalam lingkungan 10km di situ, diberi vaksin terhadap penyakit berkenaan.

Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang turut menjelaskan bahawa kampung terbabit ialah Kampung Kerait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paun Rimu Bakung, Kampung Remun dan Kampung Lebor.

Tiga kanak-kanak di Daerah Serian dijangkiti rabies seperti yang diumumkan Hospital Umum Sarawak pada 22 Jun. Dua daripada mereka, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dan kakaknya berusia enam tahun, meninggal dunia semalam. Mangsa ketiga, kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Dr. Quaza Nizamuddin berkata pihaknya masih belum mengenal pasti punca utama yang menyebabkan penularan penyakit rabies di Sarawak, namun tidak menolak kemungkinan bahawa penularan itu berpunca dari negara jiran.

Katanya buat masa ini, negara mempunyai 20,000 dos bekalan stok vaksin anti-rabies dan jumlah itu mencukupi bagi menangani kes gigitan anjing dalam kalangan manusia.

“Sebanyak 6,000 dos stok vaksin anti-rabies juga telah dihantar ke Sarawak, tiada isu kita kekurangan vaksin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan NizamVirus Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sasaran 10,000 Anjing Disuntik Vaksin Anti-Rabies

21/01/2018
0

SIBU - Kementerian Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak mensasarkan sekurang-kurangnya 10,000 ekor anjing di Bahagian Sibu diberi suntikan anti-rabies pada...

PV Sedia Nilai Semula Langkah Konsortium Ternakan

13/09/2017
0

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sedia melihat dan menilai semula langkah mewujudkan konsortium bagi mengendalikan dan menguruskan ternakan jika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd