• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video : Peninju MMA ‘Tewas’ Di Tangan Pak Guard

oleh AK-47
19/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Seorang ahli sukan seni bela diri berbadan sasa dengan senang-senang ditumbangkan tiga pengawal keselamatan dalam kejadian di kondominium USJ One, di sini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.13 petang kelmarin itu, ia berpunca apabila lelaki terbabit yang dikenali sebagai Darriush Kha Lili pada mulanya ingin masuk dan berjumpa dengan rakannya yang menetap di kondominium terbabit.

Bagaimanapun, permintaannya itu tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas, atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan seperti mana yang dikongsikan laman Facebook Discover Subang Jaya.

Kecewa dengan keputusan pengawal berkenaan, lelaki itu kemudian cuba mendesak sehingga berlaku pergelutan di antara mereka.

Pergelutan itu turut menarik tumpuan penghuni pangsapuri lain yang bertindak merakam insiden terbabit.

Menerusi rakaman, lelaki itu secara tiba-tiba dilihat menendang kaki kiri pengawal berkenaan lalu berlaku pergelutan di antara mereka berdua sebelum didatangi dua lagi rakan pengawal yang berusaha menghalang lelaki terbabit.

Lelaki itu kemudian berjaya dihalang, lalu diikat dengan tali dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Video : Peninju MMA 'Tewas' Di Tangan Pak Guard

Difahamkan, Darriush yang juga merupakan seorang peninju MMA mendakwa sengaja tidak melawan bagi mengelak sebarang kecederaan kepada pengawal tersebut dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Ia cerita yang panjang. Saya yang terlibat dalam kejadian itu. Saya tidak berniat mahu mencederakan sesiapa, saya boleh saja berlawan dengan mudah. 

“Saya menendangnya beberapa kali agar dia menjauhkan diri dari saya tetapi sekumpulan lelaki bodoh ini melompat ke arah saya.

“Saya tidak melawan balik. Saya bukannya bodoh, tapi saya tidak mahu ada masalah dengan pihak polis.

“Bagi saya, dia hanya lelaki yang kelakar dan saya mengaku ianya salah saya yang menamparnya. Tetapi saya telah meminta maaf, begitu juga dengan mereka. Ia hanya salah faham sahaja, ” katanya di ruangan komen pautan video.

Sementara itu di dalam laporan Harian Metro, pengawal keselamatan yang dibelasah lelaki itu telah menarik balik laporan polis yang dibuat pada hari yang sama.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, pengawal keselamatan warga Nepal berusia 53 tahun itu telah menarik balik laporan polis yang dibuat ekoran mengenali lelaki itu.

Tiga pengawal keselamatan dan lelaki berusia 20 tahun itu juga sudah bermaaf-maafan serta menyelesaikan kes itu secara baik.

Bagaimanapun, netizen di media sosial sehingga kini menyelar tindakan pemuda itu yang tergamak mencederakan pengawal keselamatan yang hanya menjalankan tugas.

“Mereka hanya menjalankan tugas dan tidak kira mereka warga asing ataupun bukan, merekalah yang menjaga kawasan kejiranan kita dari individu-individu yang tidak dikenali dan berniat jahat,” kata netizen.  –MYNEWSHUB.CC

Tags: kes gaduhpengawal keselamatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

17/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd